Jeng3,siapa kah diriku?

My photo
Assalammua'laikum dah salam sejahtera.Nama diberi Mohd marzuq imran,pelajar uia.Motto fav saya ialah "doing the best is more important than being the best!"(dapat masa kat uia pj). Enjoy :)

Sunday, May 24, 2015

Perjalananku ke sebuah pulau baru... Pulau Bersatu.

Assalammua'laikum

Haish, lama x update blog ni. berbulan2 nk dekat setahun dah.
pelbagai peristiwa telah terjadi padaku. :)

izinkan daku menyampaikan satu kisah, sambungan dari blog ku sebelum ini, "perjalananku di pulau sepi"



Kadangkala angin bertiup kuat dari biasa, kadangkala ia bertiup dengan sungguh lembut sekali. Ku di sini, setelah bertahun tahun lamanya di pulau sepi, akhirnya berjaya ku melarikan diri darinya. Aku teringat, pada awal-awal aku berada di pulau itu, aku jangkakan ku akan berada sungguh lama di situ. Jangkaan ku meleset sekali. Ku dapat keluar lebih awal dari dari yg ku jangkakan. Aku bersyukur, kerna sering ku dengar kisah-kisah bahawa ada yg terperangkap selama- lamanya di dalam pulau sepi ini.




Pasti aku tidak akan lupaakn saat aku berjaya melarikan diri. Bintang yang ku ikuti selama ini untuk dijadikan panduan untuku keluar, tidak mengecewakan daku. Setelah bertahun-tahun aku mengikutinya, mengejarinya, akhirnya dapat ku jumpa jalan keluar dari pulau sepi itu, dan menemui sebuah sampan. Aku, yang telah lama terperangkap di pulau sepi itu, terus manaiki sampan itu, dan berharap sampan itu akan bawa ku ketempat lain.





Setelah sekian lama, akhirnya aku sampai ke sebuah pulau.Setibanya aku di pulau itu, mataku tidak dapat menerima keindahan pulau itu. Pulau itu, yang mempunyai laut yang sungguh jernih, pantai yang keemasan dan berkilauan, burung-burung yang menyayi kegembiraan, bunga-bunga yang pelbagai warna dan jenis, semuanya berada di situ. Aduh, setelah pengalaman pahit ku di pulau sepi sebelum ini, pulau baru ini bagaikan satu nikmat yang amat besar kepadaku. Di sini, ternyata bintang yang ku ikuti mempunyai sinaran yang amaat kuar sekali di sini. Bintang-bintang lain tidak begitu jelaas kelihatan, gara-gara bintang yang satu ini. Bintang yang satu ini bersinar, tidak kira siang atau malam, dan sungguh indah di mataku.




Setelah beberapa lama di pulau ini, ku sedari bahawa pulau ini masih di laut, dan pasti mempunyai laut yang akan pasang surut. Kerana ia masih sebuah pulau, pasti akan terkena hujan ribut. Kerana ia masih sebuah pulau, pasti akan mempunyai bunga-bunga yang memukau hati tapi berduri-duri. Kerana itu adalah lumrah sebuah pulau.



Namun begitu, walaupun ribut taufan melanda, pasti akan ku pandang ke langit untuk melihat bintang yang satu itu. Ku yakini, bintang ini akan sentiasa membawa ku keluar dari segala masalah, dari segala kesusahan. Andai kata aku terkeluar dari pulau ini, pasti akan ku tuju ke bintang yang sama ini, Kerana bintangku inilah yang telah membuatkan ku berjaya melarikan diri dari pulau sepi.


Aku juga percaya, walaupun ribut taufan melanda, pasti akan ada hari-hari yang cerah. Walaupun akan ada bunga-bunganya berduri -duri , pasti akan ada cara untuk mengelak dari durinya dan mengambil bunganya.



Ku berharap aku akan berada di pulau ini, sehingga ke hujung hayatku. Pulau ini, yang ku ingin berikan nama Pulau Bersatu, Kerana telah berjaya menyatukan kembali hatiku yang retak dan sepi semasa di pulau sepi. Kerana in juga telah berjaya menyatukan ku dengan bintang yang membantuku selama ini. Menyatukan kembali harapan harapan ku. Menyatukan kembali impian impian ku. Menyatukan aku dari pelbagai aspek.







Sekian terima kasih. 


Saturday, October 19, 2013

Final year.. At IIUM



Assalammua'laikum
dah lama x tulis, alang tu aq mengambil masa sekejap tuk meninggalkan sedikit memori yg akan terus kekal abadi dlm blog nie... agar memori ni akan dapat ku lihat pada masa akan datang Ins Sya Allah :)

Haish x sangka dah,akhirnya Aku dah menjadi pelajar final year.. Walaupun masih tinggal 2 sem lagi, tapi still dah dikira budak final year. Sekarang pun dah masuk pertengahan sem.huhu
Secara kasarnya hanya tinggal 1 1/2 sem lagi untuk aku berada di tanah IIUM ini untuk menuntut ilmu. Hala tuju ku selepas itu?

Sem ni aku hanya mengambil 5 subjek, di mana hanya 3 saja subjek yang mempunyai  final paper, maka ku sangkakan bahawa sem ini pasti aku lebih relax, namun jangkaanku jauh meleset. Sem ini tidak ku sangka menjadi sem salah satu sem yang amat sibuk sekali. Ini semua gara-gara subjek yg baru diiperkenalkan kepada kami, iaitu MSD atau namanya Mechatronik System Design. Seperti biasa, batch kami menjadi bahan kaji sekali lagi, kerana subjek ini buat pertama kalinya dikenakan kepada pljr2 IIUM. Description nya mudah sekali, kami, didalam kumpuan sebanyak 6 org, diberi satu masalah dan kami dikehendaki untuk menyelesaikannya. Namun yang menjadikn nya payah adalah kerana betapa detailnya kami perlu buat untuk menyelesaikan masalah itu. Bertambah payah apabila lecturer kami mengharapkn benda2 yg kadanag2 impossible untuk kami tambahkn dlm design kami itu. Lagi2 kami adalah batch pertama, jadi lecturer2 mempunyai harapan yang amat tinggi sekali.huhu. Tapi itulah langkah demi memajukan diri kami, supaya kami menjadi lebih berkualiti selepas kami Grad di kemudian hari Ins Sya Allah :)

Huh penat menulis :p
rasa nya buat masa ni itu saja, sekadar mengisi blog ini setelah lama x menulis.
Doakan kami berjaya menyelesaikan mslh MSD, doakan FYP aku berjalan lancar, & Doakan yg terbaik untuk kami :)
Selamat hari raya aidil Adha :)
p.s: thanks kepada si fu Fitri kerana mengajar solid work :)
    
Dapat belajar SolidWork untuk MSD.


Tuesday, August 7, 2012

And the story end here....


gambar stadium di terengganu
Assalammua'laikum.
     haish,x sangka robot yg kami sume berusaha nk buat selama 6 bulan akhirnya dah pun beraksi dlm dewan kat terengganu tu. Tp kdg2 rasa x puas hati gak,psl buat robot 6 bulan,masuk field 26 minute je(10 minute test run,4 minute each match). Of course lah kalu kami dpt mara ke next match,kami dpt lawan lagi,tp bukan rezeki kami kali nie. At least dua2 team dpt 2 menang and 2 kalah.

     Dan buat pertama kali juga, aku dapat masuk field. hehe. Tahun lepas masuk sekali je,jadi pit crew. X sangka lah pulak kali ni Alhamdulillah dpt masuk field.Tapi masa first time nk masuk agak gementar lah.Aku dah lah x biasa sgt benda2 camni. Slmt masuk dgn member2.kalu x,aish,mmg mengeletar lah aku masa masuk tu.Masa ni dptlah tgk game tu dekat2.






     Tapi sblm kitaorg masuk untuk bertanding robot,First sekali kena verify kan robot2 kami tu supaya x melebhi had yg dia kasi. First test dimension.DIa ada sediakan satu kotak,kita just letak robot kita dlm tempat tu,lps tu dia tutup.

     Second test dia akan check robot lps dah extend,psl dia dah extend pun ada limit brp panjang dia blh extend. Nanti dia akan suruh extend sume benda. Aku ari tu extend kn sume pakai manual je(auto leh je,tp nanti takut dia terlbih pulak).huhu.

    Third test pula dia akan check voltage kita, xleh lps 24 V(tapi kalu lbh by 5% blh.). so masa tu kena tunjuk lah kat mana kitaorg nya power supply.Masa ni susah sikit lah,psl kami punya robot(robot collector) nya circuit serabut sikit,sok kena selak2 sikit br sampai ke power supply dia. :p

     Lasty berat.Memadangkan ketiga2 robot campur xleh lps 50kg.Yg nie dia akan timbang one by one lps tu dia akan add lah total. Kallu x silap aku team A total 49.3kg,team B 49.7kg. Tapi kdg2 nilai dia nik turun,psl kdg2 kitaorg ada add or remove something dr robot2 kitaorg.Tapi Alhamdulillah still lps lah.huhu.
lepas tu ada lah sesi menangkap gambar2 untuk robot2 kami untuk buat "IC" diorg.

    Kali ni byk U masuk,tp psl aku x dpt sgt nk pusing2 mcm thn lepas,so x dpt sgt tgk design robot.Tapi dpt lah gak tgk sikit2. Kali ni most U ada lah similiarity,x mcm thn lepas. Tapi Ramai dah start pakai sistem pneumatic, and lps ada kwn aku tanya,diorg kata sistem ni x mahal pun,tp kena ada bahan2 dia lah and kena ada knowledge sikit. Bateri kali nie mmg sume dah start pakai Bateri lipo (bateri kereta mainan).


masa test run team A,borak2 ngan org2 robocon sblm masuk field

 Masa test run tuk team A, kami lah  kumpulan first yg rasmi kan test run atas field tu, pasal kami team yg daftar plg awal(kul 11). Ada je sebenarnya slot lain,tapi saja ambik first. Maybe psl kami first team,bila tanya berapa org leh masuk,org robocon kata masuk je lah berapa2 pun,so kami pun masuk lah ramai2 (tapi xdelah ramai sgt,rsnya 10 org kot,yg lain duduk luar,xde keje lah pulak sume masuk).




Hafiz dtg menceriakan suasana
      Masa test run,masa kami nk cuba robot kami(collector), tiba2 x nk start dr step plg awal(awal2 dia kena naik tangga),so trus lah proceed ke next step,tp masa tu lah pulak ada masalah ngan unltrasonic kami,so system mekanikal kami ter'hang'. Kalu nk betulkan,mmg ambik masa lama lah,x cukup masa nk betulkan masa testrun tu...So lps tu kam ijust ambik nilai2 ldr untuk kegunaan masa depan(tp x guna pun,huhu). Masa tu mmg down sikit lah,psl robot x dpt nk cb...
Team B test run pihak Robocon dah strict balik,dia kasi 7 org je masuk dlm,and yg lain kena berdiri jauh and luar dr field tu.



    Kalu x silap aku,kitaorg sume lps dah sampai 10/7 tu,kita org malam x tido tuk siapkan apa2 coding or tuk cuba apa2 coding tgk kalu leh improve lagi. Sebenarnya blh je buat pagi,tp masa pagi2 n ptg2,panas kat luar.Field kami yg kami bw kena letak dekat halaman luar,so kalu pagi2 or ptg2,mmg terbakar sikit lah kami.
Nanti bila dah waktu subuh,kitaorg solat kat masjid yg berdekatan,and lps tu kadang2 kami pi pantai yg ada dekat situ.Masa tu pagi2,dpt lah tgk matahari terbit.



    14 and 16 july,perlawanan pun bermula. Nama team kitaorg IIUM ROBOTEAM A  dan IIUM ROBOTEAM B. Dua2 team kena lawan total 4 kali,and sambil tu kumpul mata. End result dua2 team berjaya menang 2 kali,and 2 kali kalah. Tapi kejadian yg plg aku ingat masa perlawanan second,psl masa tu robot collector dah diletakkan atas robot auto,and robot auto pun gerak naik atas ramp. Cara untuk robot auto pegang robot collector ialah dgn pakai magnet. Masa robot auto naik ramp,aku ternampak robot collecotr mcm tertanggal dr robot autoya magnet,so br je nak masuk,tp nampak mcm dah ok. Lepas tu robot auto pun turun dr ramp. Trus robot collecter tu jatuh dr robot auto. Cpt2 aku trus masuk tuk angkat robot tu. Tapi masa aku masuk tu,aku main masuk je,x angkat tangan pun. Kawan aku kata masa tu slh satu judge ckp "eh dia dah masuk field" tapi selamat xde pape penalty kena.. Lepas dah ambik robot kami tu,tgk2 gripper robot kami patah(tapi sikit je,blh baiki lah). Lps dah angkat robot tu kuar,baru aku perasan yg tangan aku terluka.maybe psl gripper yg patah tu. Ada lagi parut tu samapi skung :)  . memori tuk masa akan dtg. tapi x th lah brp lama parut ni akan ada.

    Memandangkan pertandingan kali nie siapa yg highest dlm group je dpt pi,so kami pun x dptlah melanjutkan kaminya perlawanan.. Agak sedih gak tapi nk buat camna,xde rezeki. At least ada improvement. Thn lepas menang sekali,thn ni dua kali,thn depan  menang 3 kali n sekaligus ke round seterusnya,Insyallah.

   Balik2 tu kami trus ke pantai. Main2 tepi pantai,guling2 kan org masuk dlm laut and pasir,and many more.Byk lagi benda kami buat,tapi nk cite sume mmg x abis2 lah kan?huhu.
bergambar tepi pantai
  
       Hari final tu,kami pagi tu pergi ke pasar payang. Saja beli2 apa2 mknn and baju2 + sauvenir2. Sister ada juga yg beli baju raya(kalu x siap aku lah).
        Dalam bas masa perjalanan balik,kami sume mostly just tido je,maklumlah dah lama x cukup tido. Tapi sempat gak berhenti di masjid terapung demi menunaikan perintah Allah,sblm mkn aiskrim beramai2. Dalam bas kami adakan juga undi perkataan2 yg ada beberapa org salah sebut,untuk tentukan siapa ayat yg plg pelik dan best... Antaranya tokai=taiko,hohoho=penemuan,penjawat ayam=penjabat awam.

     Rasanya itu je kot. Yg sedih aku lepas nie dah x dpt masuk dah Robocon sebagai ahli(just blh tolong2 je). Tapi at least aku dah dpt exp mcm2 masuk RObocon nie,Insyallah berguna pada masa hadapan. Lepas nie kami target MUROC pulak.

    Apapun nk ckp terima kasih lah kepada sume member2 IIUM Roboteam, best dpt berkenalan ngan korang and berkerja ngan korang, and minta maaf atas segala salah silapku,mohon diampunkan. Maybe kita kalah,tapi at least kita dah try yg terbaik kita mampu. Lepas ni jumpa2 tgh2 jalan jgn lupa tegur : p

                                           "Do your best is more important than being the Best"

                                                            gambar2 kenangan.

upacara menanam sdg dilakukan.siapakah mangsa??








buat bbq :)
Gambar2 bersama semua ahli kumpulan
gambar2 robot kami

Tuesday, June 26, 2012

ROBOCON 2012

Assalammua'laikum.
hi lama x tulis dlm blog. Berapa bulan dah berlalu.Aku nak post cite psl dekat london pun dah x jadi2.haha. Nanti lah bila aku ada masa lapang blk.  Skung ni sdg prepare tuk Robocon 2012 pulak,maybe ni last time dapat masuk,third year dah xleh masuk,psl ada Praktikal. So kena bagi yg terbaik.

Pertandingan kat malaysia nye 12 julai till 17 julai,so kira kami tinggal lagi 2 minggu je lagi tuk siapkan apa2 yg x siap lagi,and testing sebanyak yg mungkin psl kami Alhamdulillah dah buat field. Pertandingan kali ni kat terengganu,agak jauh berbanding dgn termpat thn lps(kat nilai je).

Kali ni nya Robocon yg special sikit berbanding dgn yg sblm nie psl robot manual kena dinaiki oleh pembawa dia(kira mcm kereta lah),and kali ni mmg penting tuk robot tu supaya blh tuk communicate sesama sendiri. Macam dulu,akan ada 3 robot,1 manual,1 auto,1 collector(robot auto jugak).

tuk exra info,leh tgk website bawah nie. X dpt nk tulis panjang2,psl nk kena siapkan robot lagi.Bye :)
Doakan kami dpt buat yg terbaik!!

youtube video
http://www.youtube.com/watch?v=qtAGSka8Nk8

official website tuk robocon 2012.
http://www.aburobocon2012.hk/

WEbsite tuk malaysia nya robocon
http://www.robofest.org.my/contact.asp

Tuesday, January 24, 2012

perjalananku ke Ireland(part 1)

Assalammua'laikum.

Alhamdulillah sampai aku ke tanah air ku kembali, Malaysia. Walaupun mmg best dpt jln jauh2,tapi yg plg best
stay bg sku still malaysia.Reason dia?nanti aku bgth :)

  Lps aku habis exam pagi 11/1/2012,esoknya,12/1 Aku n mak aku bertolak ke Dublin, Ireland. flight tu mmg lama,6 jam tuk ke abu dhabi(dia transit akt situ),lps tu lagi 6 jam tuk ke Dublin. Lama kan?mmg penat and sakit tulang belakang duduk dlm flight lama2. Lps tu kul 5/6 pagi(masa Ireland -8 from malaysia)camtu,kami pun sampai. Pergh,cuaca mmg sejuk gila.maklumlah winter,suhu dia pagi tu x silap aku 6 degree celsius. Bernafas sume kuar asap.haha,mmg seronok sgt aku masa tu main asap.Lps dah tunggu sekejap, kakak ku,Azyan pun dtg tuk bawa kitaorg ke rumah sewanya.kebetulan roomate dia masa tu ada hal lain, so kami pun dpt duduk di rumah sewa kakakku.
airport Abu Dhabi Terminal 1

Memandangkan skung nie winter kat sini,pagi dia sekejap je,subuh (6-8),zohor (12.30-1/2),asar(1/2-4 30),maghrib(4.30-...x pasti),isyak. So maksudnya dlm kul 4 30 je dah start gelap,huhu.Kalu nak solat masa kat sini,sini xde surau mana2,so kami pun solat dlm changing room dlm mana2 kedai.Setengah kedai changing room dia besar,so sng lah gak.Kiblat kitaorg tahu dr internet +app iphone :)

  Lps dah rehat and breakfast+solat subuh(subuh start kul 6 lbh,abis kul 8 lbh),kami pun naik bas ke city. city dia ada trademark pin panjang sgt,x th pin tu ada function ke x.
gambar sekeliling aku.yg pin tu ada kat sblh kanan nie,tgh2 pokok tu
And memandangkan christmas dah abis,byk brg sale,so kami pun beli lah baju,minyak wangi,baju baby,etc. Lps tu lunch crepe and waffle. lps dah puas jln2,kami pun blk. Lgpun kami penat sgt and tambah lagi dgn jetlag psl perbezaan masa,so dlm kul 8 mlm(masa Ireland, kalu malaysia dah kira kul 4 pagi),kami pun tertido :)





dekast station keretapi
  Hari kedua kitaorg pergi naik train tuk ke Kidare village. By the way,tuk informatin korang,kat sini kenderaan dia lain sikit,sume ikut masa,jaranglah bas or train lambat,mostly sume sampai pada masa yg dia bgth,and akan bertolak ikut jadual, x kisah ada org or xde org dlm train/bas tu.







Sampai sana,tempat dia mmg lawa sgt2.tapi xdpt nak ambik gambar byk,psl ada guard kat situ x kasi.aku pun x paham napa dia x kasi ambik.tapi dptlah ambik senyap2 gak. And maybe because dia kawasan kampung sikit,so angin tiup mmg kuat gila,so mmg sejuk lah.tgn aku sampai rasa mcm xleh gerak psl sejuk sgt.lagi2 hari tu aku pi cuba pakai jaket aku yg lagi nipis,mmg kesilapan lah.mengigil2 aku.slmt dlm kedai panas sikit :)
Kat sini pun sesuai shopping je,mak aku shopping periuk2,psl kalu kat kl,harga dia 2 or 3 kali ganda harga sini. Nk bw blk KL camna,itu fikir nanti :)   haha.Seluar Levis pun murah,2 dpt 30 euro(kira 2 dpt rm120).

  hari ketiga, pasal Dublin x byk sgt benda yg blh lawat,so kami pun skali lagi ke city,lps dah shopping sikit2,kakak ku bawa kami mkn di kedai pakistan Islam.Just byr 6.50 euro sorang,makan buffet.mmg sdp lah mknn dia,mmg kami tambah byk2 :)  tapi kalu mkn tiap2 hari kat sini,gemuk lah aku gini ^_^ 


Taman di kawasan rumah kakak aku.

  Hari keempat,pagi tu aku and mak aku jln2 dekat tmg area tu,tapi dgn berhati2,psl sblm nie kawan kakak aku beg dia kena curi kat situ(tapi lps tu br kami tahu,pencuri tu ditemui mati psl drug overdose). Taman dia mmg lawa,tapi pokok sume xde daun lah,psl winter. Kami jln sikit je taman tu,psl masa x byk,ptg nk jln lagi. Tapi kalu hari sabtu or ahad ramai org kat taman tu,ada yg main bola,jog,etc.X tahu camna diorg leh tahan cuaca sejuk tu.huhu

Grafton street at night

ptg tu kami ke grafton street,tapi kali ni aku and mak aku je pi naik bas sendiri2,psl kakak aku terpaksa ke hospital tuk study dia. Kami plan jumpa kat Grafton street tu(street ni famous psl shopping juga ^_^ ). lps dah naik bas ke kawasan tu,kami x th arah mana Grafton street tu,so kami main jln je,last2 dh penat,so duduk kedai tunggu kakak aku dtg.tp by the time kakak aku dtg,nak dekat gelap,so kami lawat kawan kakak aku yg stay kat area tu,pulangkan buku,lps tu mkn mknn jepun!! sedap,tapi byk gila dia kasi,nk dekat meletup perut nk cb abiskn.Area nie dekat je ngan RCSI(Royal Collage Surgery Ireland,tempat kakak aku bljr),tapi psl dh mlm,so kami x singgah,tapi trus blk.



   On last day sblm bertolak ke London,kami akhirnya ke Muzium Ireland. Nak pi sana kena naik bas,lps tu tukar train pulak.muzium dia besar,and psl kami malas nk bc sume benda kat sana,mostly kami tgk2 je sikit2. Tapi ada gak part senjata2 yg diorg guna masa perang diorg lu,mcm antiaircraft,pistol,pedang,mcm2 lagi lah. Lps dah puas tgk2 tempat tu and puas bergambar(x byk dpt gambar,psl dlm muzium mana blh bergambar ),kami pun pi sekali lagi ke city sblm balik.



Hari khamis tu,flight kami pukul 8 pagi,so bertolak awal2 dr rumah naik teksi kul 6 30. Kami naik penerbangan Ryan Air,company yg plg murah sekali harga flight dia,tapi mcm pelik gak lah.Dia kasi bw sorang satu je hand luggage. So kakak aku,dia bawa beg tarik satu and beg tgn satu,dia suruh kakak aku masukkan beg tgn tu ke dlm beg tarik kakak aku.Padahal nanti sama je berat dia,bukan ada beza pun berat hand luggage tu.huhu. Flight ke London sejam je,and masa ireland and london sama,so xyah lah tuakr masa jam.

sampai sini je lah aku cite..Part London aku cite nanti lah,kalu x panjang sgt,penat aku nanti :)
dublin a 5 pm
waktu berlalu

Saturday, December 17, 2011

Dan masa pun berlalu..

Assalammua'laikum.
haha mcm biasa,lama dah x tulis apa2 kat blog aku nie.minggu nie and minggu depan mmg akan sibuk gila,pasal last kelas minggu depan. So masa tu lah quiz,assignment,projek and etc.Selamat lah Roboteam workshop dah abis dah,kalu x,lagi busy.

Tapi bukan busy pasal sebab nie :)

Roboteam workshop abis jumaat lepas,(16/12/11),Malam tu pertandingan dia. Hari tu mmg first time gak aku rasa busy gitu sekali,dr pagi sampai mlm duduk situ(kecuali masa solat jumaat n mkn tengah ari jap lps tu). Byk tul masalah jadi,tapi Alhamdulillah,sume tu berjalan lancar.Walaupun patutnya pertadingan start kul 9,tapi psl ramai x siap lagi,perlawanan pun ditundakan 1 jam(rasanya,x ingat). keaadaan agak meriah juga,psl dpt tgk robot2 tu berlanggar sesama sendiri.huhu. Apapun,mmg best and harap2,lps nie event nie dpt lagi kitaorg buat masa depan.





Skung nie,memandangkan minggu depan dah exam(30/12/2011), so kenalah siap sedia nk study.tp sblm tu kena siapkan sume assignment and prepare tuk any quiz,+ siapkan project mecha. Byk gak benda kena buat, tapi bagus jugak gitu.
Ada kawan aku kata, busy tu bagus, at least kita xde lah buat benda2 yang x berfaedah :).

k lah,rasanya tu je kali nie.byk lagi keje nak wat..Wish us all the best!

Friday, October 21, 2011

Tugas ku sebagai PC=Personal Computer?

Assalammua'laikum. Hi! hehe.nampak gayanya aku nie setiap bulan post sekali je.huhu. Nak kumpul idea lah org kata.

PC?
Baru2 nie,kumpulan roboteam aku ada lah buat workshop tuk pilih member2 baru untuk dimasukkan dlm pertandingan nanti. Pertandingan tu memang lambat lagi,tapi dah kena start awal,psl byk nak kena buat. Dan untuk workshop kali nie,aku pun dilantik menjadi PC. Sebelum nie aku mmg x pernah lansung  masuk apa2 event,so kali nie masa dilantik jadi PC,mula2 confuse gak,pc tu apa?apa job scope dia?aku ingat kan awal2 PC tu,kena buat keja yg berkaitan ngan computer,mcm slideshow ke,or something along the line. Lepas dah tanya kawan2 aku baru lah aku tahu keje sebenar PC.
Booth for roboteam workshop

PC or nama penuh dia,-program cordinator bertugas untuk merancang plan sesuatu majlis dr awal hinga lah akhir. Kena lah tahu masa untuk presiden berucap bila,untuk rehat bila,tetamu terhormat ckp bila,and so on.Selain tu kena tahu juga perkembangan Biro2 lain,supaya masa event nanti xde lah kelam kabut bila tiba2 ada masalah..Salah satu benda lagi yg PC kena buat ialah Masterplan,yg merankumi tentatif event tu,sapa yang akan handle benda2 dlm event tu(seperti saya yg nak jaga mic,jaga booth,jaga register).

Awal2 sekali mmg aku lost nak kena buat apa,so minta lah senior2 and kawan2 contoh masterplan. Berpandukan contoh2 tu,Alhamdulillah,dpt aku buat masterplan. Tapi masterplan aku masih x complete,selang beberapa hari je aku edit,psl nak tambah maklumat,tkar sapa yg berucap,and many more.Last day sblm first workshop tu br aku edit last,lps tu antar kat sum org penting.

Pelajar dlm workshop 1

Alhamdulillah,workshop kali nie berjln ngan lancar,lps ni ada lagi beberapa workshop lain aku kena handle,tapi Insyallah blh buat.Amin...Memang bagi aku,benda nie sume satu pengalaman yang best dan yg amat menarik sekali.





zzzz aku dah start ngantuk nie,tulis blog mlm2,k lah,jumpa lagi :)