Jeng3,siapa kah diriku?

My photo
Assalammua'laikum dah salam sejahtera.Nama diberi Mohd marzuq imran,pelajar uia.Motto fav saya ialah "doing the best is more important than being the best!"(dapat masa kat uia pj). Enjoy :)

Saturday, November 13, 2010

Akhirnya umur ku telah bertambah lagi....

Assalammua'laikum.
Akhirnya hari ini dtg jua....walaupun dulu masa kecik2 x sabar2 nak sampai umor ni,pasal masa tu pikir "dah besar,boleh lah wat apa2 je,xyah bljr je :p".Tapi bila sampai umor nie,baru lah sedar,semakin tua kita,semakin besar tanggungjawab kita...Bila kita dah dewasa,bayak yg perlu kita fikirkan...Bukan sahaja hal dunia,tapi juga hal akhirat..."with great power come great responsibility".haha.

cakap pasal umur,aku teringat pula masa aku nak minta keje sementara tunggu masuk uia gombak kat georgetown(rasanya,x ingat nama dia)kat wangsa walk...Org tu ingatkan aku nya umur 25,haha,padahal aku masa tu umur 19 je.And masa aku lawat balik tempat keje aku yg lama,ada lah pekeja baru pelik pasal aku panggil anak boss yg keje situ yg berumur 22 thn tu akak,pasal dia ingatkan aku lagi tua dari akak tu,haha.
Agaknya apa yg sebabkan org ingat umur aku 25 ek??Tua betul muka aku nie,padahal aku rasa macam muda je aku nie,Perangai aku pun mcm budak2 lagi.haha..korangnya pendapat??

Anyway,aku nak ucapkan thanks pada sume yg wish kan aku,and minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut,andai kata sepanjang aku hidup ni,aku ada tersilap kata,or ada perbuatan aku yg tersakitkan hati korang.Harap korang sume dpt maafkan.Aku hanyalah seorang hamba Allah yg lemah,yg x lari daripada kesilapan.

rasanya tu je buat kali ni..bb!

p.s:walaupun dah 20,buat perangai kanak2 xpe kan?hehe

Friday, October 15, 2010

impian dan harapan

Assalammua'laikum.

Mampukahku mencapai bintang-bintang yang berkerlipan di langit,sedangkan kapalku diperbuat dari kayu?

Mampukahku berenang merentasi lautan, andai kata aku tidak tahu berenang?

Mampukahku menakluki puncak gunung everest, sedangkan bukit di belakang rumahku sendiri tidak dapat ku daki?


Semua orang mempunyai impian atau harapan masing2.jarang sekali ku dgr seseorg itu tiada impian atau harapan.Kalau bertanyakan budak2 di sekolah pun,mereka semua tentu mempunyai harapan masing2.Mungkin masa kecik,kita sume menjawab,"saya nak jadi superman","saya nak jadi batman" dan sebagainya. Masa tu,kita semua masih kecik,fikiran pun masih belum matang....

Semakin umur kita bertambah,ilmu kita pun meningkat.Mungkin ada diantara kita yang apabila sampai ke peringkat remaja, mereka telah memikirkan masak2 impian mereka dan harapan mereka apabila mereka besar nanti. Namun,ada jugak yang masih mencari-cari impian dan harapan mereka..

Mempunyai impian atau harapan,sama sekali tidak salah,tapi semua impian atau harapan itu,mestilah diikuti dengan usaha,doa dan tawakal. Kita tidak boleh berangan2 seperti mat jenin,dan berharap impian atau harapan kita akan terjadi dgn sendiri. 3 step supaya impian kita tercapai:berusaha,berdoa dan bertawakal. Kita mesti melakukan ketiga-tiganya,tidak boleh meninggalkan salah satu..

Kalau kita sudah berdoa dan bertawakal,tetapi usaha kita hanyalah alar kadar sahaja,sudah pasti result yg kita dapat pun hanyalah alar kadar sahaja...

Andai kata kita sudah berusaha,berdoa dan bertawakal,tetapi impian kita tidak tercapai,kita tidak seharusnya kecewa,kerana mungkin itu sebagai cubaan dari Allah. Allah jualah yang mengetahui segala-galanya...

mohon maaf kalau saya tersilap bahasa.Yang baik datag dari Allah,yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri...

Monday, September 27, 2010

life goes on...

Assalammua'laikum.
lama x tulis kat blog nie,huhu.maklumlah,sibuk.haha,alasan sama je tiap2 kali.
sebelum tu,aku nak ucapkan

Selamat Hari Raya!!Maaf zahir batin..harap diampunkan kesalahan2 ku yg lalu.Sesungguhnya aku nie hanyalah insan biasa yg tidak pernah terlepas dari membuat kesalahan..

2 minggu lps,pada 18/9/2010,Alhamdulillah kakak ku telah dinikahkan dengan seorg pemuda dari johor bernama hafiz.Diorg dah kenal agak lama dah,nak dekat 6 tahun.Majlis tu dibuat di dewan prima ljt,yg dekat ngan pasar malam taman melawati...Semua ahli keluarga memakai baju silver,termasuk pengantin.

aku macam x percaya lak kakak ku dah kawin...rasanya mcm baru semalam dia marah2 aku pasal x study masa pmr dulu,and dia paksa aku study..kalu dia masa tu x paksa aku,mmg harapan lah aku masa jwb pmr dulu.huhu.Spm pun sama jugak,dia lah yg memaksa aku tuk study...

Aku kadang2 kalu org lain ckp,aku x dgr sangat,tapi kalu kakak ku ni,izyan ckp something,selallu aku ikut..reason dia?pasal selalunya sume benda yg dia cakap aku x dpt jawab balik,or dgn kata lain,dia asyik ckp benda betul je,so aku x leh lah mencari alasan or loophole ke,huhu....

Sekarang ku yg dah berjasa padaku dah berkawin..Semoga rumah tangga beliau dirahmati Allah.Amin.Thanks kakak,and take care.Nanti dah tinggal johor,jgn lupa lah lawat kami di sini..c ya!

Wednesday, August 11, 2010

malang tidak berbau...segalanya adalah ujian dari ygg Maha Esa..

Assalammua'laikum.
sebelum tu,aku nk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan,and selamat berpuasa!!jom kita banyakkan amalan2 kita...

Al-kisah tersebutlah kisah dimana adalah seorang pelajar uia nie,lps makan mlm bersama2 ngan budak bilik dia,dia pun siap2 nk pi masjid,memandangkan malam tu dah start terawikh.memandangkan dia xde transport lain,and nk cepat,naiklah basikal merahnya yg dipsg lampu..dlm perjalanan tu,masa dia nk turun bukit,dia kena belok knn,tp psl dia sdg turun laju ,and dia cb belok dgn tajam,+tkn brek,basikal dia slide jatuh.lps tu dia pun bangun,ambik basikal dia and tolak ke tepi.Masa tu sbnrnya ada kerata nk masuk simpang yg dia sdg bw kete,selamatlah kete tu nampak dia and kete tu berhenti dulu..And Alhamdulillah kawan dia,yg bernama shahrul and shukri,bw motor sblh dia je,so diorg cpt2 tlg.Dia dihantarkan ke klinik uia..

budak uia tu nama dia Mohd Marzuq Imran,eh,aku la tu.huhu.

aku pun jumpa dr.Lps dr tu dah cheeck,dia pun kata aku kena pi hospiital,dia kata mungkin bahu aku terseliuh.selain tu tgn aku tersiat sikit kulit,and lutut aku cedera sikit.seLepas seorg nurse tu dah tlg bersihkan(thanks you doktor n nurse!May Allah bless you.),aku pun dihantar ke hospital ampang puteri(sepaptutnya HKLl,tp kakak aku kt hukl kn tunggu lama,so tukarrlah ampang puteri.).First time masa tu naik ambulans,huhu.And laju gak Dreber dia bw..kdg2 ada bumper,psl dia laju,kete tu bergegar sikit,n bh aku pun sakit...

Sampai kat sana,ayah aku ada kt sn dah..Lps tu dr sana bawa aku pi xray,and didapati,comfirm,bahu ku terseliuh.aku tgk gambar tu takut gak aku,aku nya socket yg sambungkan tgn ngan rangka bdn aku tercabut.socket dia kosong(btul ke tu socket?x ingat nama dia,bio dh lupa.)Dr kata sok baru btulkan,psl kul 7 aku baru je lps mkn,and aku kena tunggu at least 6 jam baru leh dia bg ubat pengsan.so kenalah stay satu mlm kt situ..Dr tu kata kalu x pengsan sakit gila masa dia nk btulkan.(tp mak aku kata kalu HKL dia btulkan masa aku sdg bangun,dia akan kasi bius je..Mak aku kata sakit dia sampai org men jerit2,n plg teruk,terkencing.Selamat gk x rasa sume tu.)

mlm tu mmg teruk gak.Hanya Allah yg th betapa sakitnya bahu aku ms tue.Aku pun x th camna nk tiido malam tue...Tapi Alhamdulillah,kul 2 camtu,ubat tahan sakit dia start jln,and dptlah tido...

Sok pg,kul 9 aku pun dibawa ke bilik lainand dipengsankan..masa tu aku x sangka aku akn dipengsankan lagi....ingatkan masa hujung 2006 last aku aakan melawat hospital tuk bedah...huhu.Takdir..

2 jam lps tu,operasi betulkan bahu aku tamat.Masa Aku bgn tu,x rasa sakit dah...so lps dah duduk kt wad sampai kul 6 ptg,aku pun leh balik...Dr kata tgn ku 2 minggu br leh gerak,and 1 or 2 bulan br elok...

Masa aku baru jatuh dr basikal tu,ingatkan just kram je tgn aku,x sangkalah terseliuh..
Tapi pengalaman nie mmg byk bagi aku pengajaran..Ujian yg dihadapi kita akan membawa kita ingat kembali Pada Allah yg Maha Esa.mungkin selama ni aku terlampau lalai dgn tipu daya dunia ni...And meningatkan aku kembali tuk sentiasa bersyukur dgn nikmat yg Allah beri...antaranya kesihatan tubuh badan..And Alhamdulillah aaku hanya cedera pd tgn sahaja...And sepanjang masa aku sdg sakit tu,mmg ingat Allah je,kerana Allah sahaja yg dpt membantu ku...and baru sedar yg kita ni,sbnrnya makhluk yg sgt2 lemah,tapi adakalanya kita lupa and berlagak ngan apa yg kita ada...yg kita ada pun,semuanya Allah bagi pinjam je kat kita,kalu Allah nak tarik balik,senang je...

Sempena bulan Ramadhan nie,marilah kita banyak2 mengingati Allah,and menambah amalan kita sebyk yg boleh..semoga kita semua diredhai Allah..

p.s:susah tul menaip satu tgn..huhu.And Aku nk ucapkan terima kasih kepada ayahku,emakku,dan sume keluargaku atas pertolongan kamu sume and jugak kpd kawan2 ku,shahrul n shukri,and bg sume yg doakan aku .May Allah bless you.Amin.

Saturday, July 10, 2010

uia gombak...

Assalammua'laikum.
Eh rindunya kat blog nie..lama x tulis....sibuk sgt tiap2 ari.ngan ada quiz,assignment,and mcm2 lagi.sabtu ahad lak pun sibuk kuar,memandangkan kakak ku dah bertunang.huhu.kenalah tolong sedikit sebanyak...

Hari tu,setelah mengangkat bai'ah,akhiirnya aku telah menjadi uia gombak student(ada dalam surat khabar gambar kami sume angkat bai'ah) .haha.tapi sepanjang briefing aku asyik tertido jew,maklumlah,jln dari mahallah ke dewan dah lah jauh,lps tu tido 3/4 jam je,mana x tidonya.dahlah jadual dia pi buat aari khamis tu full briefing pagi sampai mlm,ish3.

Masa starting awal2 tu still rasa biasa lagi je,psl x sume klas start,so x penat sgt.Tapi sekarang,lps dah hampir sebulan lebih,wow,mmg malam je ada tuk rehat sikit and lps tu nk wat assignment or bljr lagi..huhu...

sebut psl transport lak,Orang2 lain mostly naik motor,tapi memandangkan aku xde motor,lesen pun xde,so naiklah basikal.huhu.walaupun Basikal tu umor dia dah 2 tahun,tapi Alhamdulillah,lps dah dibaiki sikit2,boleh dipakai dgn baik.Thanks Kepada Abg aku,ikram kerana sudi belikan basikal nie masa 2008 dulu.Byk dah jasa dia,pi keje lu pakai basikal(sebulan lebih pakai),skung pakai lagi,and ikut plan,4 thn nak cuba pakai.Tapi itu semua plan je lah.huhu.Biarlah Allah yg menentukan.

Setakat nie Alhamdulillah pelajaran sume ok,walaupun ada yg pening2.Biasalah,dalam jalan menuntut ilmu ni,kalu x susah mmg x sah.huhu.

rasanya tu je kot tuk kali nie,maklumlah,skung pun sbnrnya sdg wat keje lagi nie..By thw way,Selamat menyambut bulan Ramadhan!!
saya mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut atas sume kesalahan saya,harap diampunkan.

Tuesday, June 22, 2010

kenangan keje

Assalammua'laikum.

lamanya x tulis...rasa rindu lak nak tulis tiba2.maklumlah,sblm nie sibuk ngan keje kat mango chili.huhu...walaupun aku keje sebulan+8 hari jew,tapi mmg byklah aku bljr dari sana,and mcm2 exp aku dpt...

oo ya,aku tulis ni saja je,supaya aku x lupa kenangan kat tempat keje,so kalu panjang sangat,sorry lah.huhu...

Aku ingat lagi first time aku cari keje,2 kali aku pi wangsa walk nak cari keje,mula2 pi kat kopitiam,tapi dia nak permenant(btw,masa aku nk minta keje dia ingatkan umur aku 25,huhu.tuanya aku..aku masih muda!!).cari kedai video,kedai pc,sume x nk sebulan je keje,huhu.akhirnya lps mkn ngan parent kat mango chili,masa byr tu aku pun tanya kat akak yg jadi cahier tu(kak fatin,huhu),ada keje kosong x?Alhamdulillah dia kata mungkin ada and suruh tinggalkan phone no.2 ari lps tu,aku dtg w.wlk,jumpa boss kedai tu and lps dah bincang2 aku pun start keje sok paginya.

First day tu,cuak gila aku,maklumlah,keje sorang2,dulu keje shakey ada azim ngan akmal,skung nie aku sorang je.huhu.aku pun pi naik basikal jew,memandangkan dekat je..sampai sana,slps briefing,start keje..yg aku rasa pelik sikit sampai skung ialah aku jadi waiter,yg memerlukan aku berckp ngan org,padahal aku dahlah mmg segan ckp ngan org aku x kenal,huhu.Satu lagi aku punya perdengaran mmg x berapa bagus,huhu,tapi Alhamdulillah,sepanjang aku keje,sume ok.adalah kadang2 aku terslh ambik,selamat aku selalu repeat order balik,so dptlah elak mslh...

Masa awal2 keje,aku sorang je laki,selain dari tukang masak thailand 2 org,masa tu mmg segan gak lah...nak rehat pun selalu sorang2 je...mkn pun x tahu nk mkn ngan sapa,haha.selamat seminggu lps tu ada 3 org laki masuk keje sekali,xdelah segan sgt...huhu..

masa first time aku keje ari sabtu and ahad,kak fatin ada bg warning yg tempat tu mmg akan ramai org,tapi aku x sangka lah mmg ramai gila,waiter yg selalunya 2 org je kat luar,sabtu ahad kena 4 org,itupun kdg2 x ckp gak,huhu.mmg penat gila first sabtu ahad tu..mmg lps tu aku kata aku x nak marah mana2 waiter lps nie(Insyaallah,tapi selama nie seinggat aku x pernah lagi marah waiter.).Ada kawan sekeje aku dia dah mcm blur dah,psl byk sgt kena buat sampai confuse,haha.

lps dah beberapa lama keje luar,ada 2 org yg keje dlm berhenti psl dpt tawaran keje kat hotel..so start dari situ,aku pun bljr sikit demi sedikit keje kat dlm...walaupun x berjalan sebayk waiter,tapi still penat...kalu customer dtg berterusan,mmg penat gila lah,nak basuh pinggga,ish3,bertingkat2 kdg2.,,kalu pagi2 sementara xde pelangan kena buat mangga,sediakn udang,and many2 more.tapi best buat sume tu,huhu.sementara buat sume tu,blhlah berkp2,tapi kadang2 nanti tukang chef sorang tu marah main2,kata"talk2,no work".haha..walaupun sbnrnya keje jaln ok je..hihi.tp mmg lawak lah tiap kali dia ckp tu.

Selama keje kat situ,pinggang aku mmg best tul rasa,sakit gila..kalu jadi waiter sakit psl aku kena bongkok abis psl nk dgr pelangan ckp apa,maklumlah ada mslh perdengaran,kalu keje dlm masa basuh pinggan sakit psl sink tu rendah drpd aku,so kena bongkok sikit.huhu.selamat lah ada break sejam..aku kalu break selalunya mmg cari kerusi mana2(selalunya kerusi kat tingkat 1),lps tu duduk rehatkan badan,dgr lagu kew,main game kew,and kadang2,tido.huhu.ada sekali tu aku tido 30 minit baru banggun..tepat2 je masuk waktu mahgrib.huhu.masa tu rehat aku abis lagi 10 minit je lps aku bangun..slmt lah bangun...

sepanjang aku keje,mcm2 jadi.ada masa mmg lawak gila,ada masa kitaorg sume happy,tapi ada gak masa yg tension,marah and etc.biasalah,hidup mmg camtu,huhu.

Walaupun mmg penat keje,sakit tulang belakang,kdg2 tension sikit,tapi mmg seronok keje kat sini.Mmg aku xkan menyesal keje.Walaupun hanya sebulan je kitaorg sume keje,tapi aku rasa mcm dah lama sgt aku kenal org2 kat tempat keje....

Tapi sume benda ada penghujung nya.20/6 ari tu,merupakan kali terakhir aku keje di mango chili....Mula2 ingat nak dtg awal supaya nak tolong buka kedai,tapi ada hal yg x dpt dielakkan,x dpt buka kedai,huhu.Ari tu aku ingat balik sume kenangan manis and pahit keje kat situ..ada gak customer yg ingat aku..huhu..Dan masa kemas sblm nak tutup,aku buat balik keje yg masa first day tu,aku buat jugak,iaitu tutup kedai(pasang tiang and taril penutup)and mop balik lantai..masa tu mmg ingat blk mcm mana first day keje dulu....

harap dpt jumpa lagi org2 di tempat keje-kak fatin,kak farah,kak siti,pon,don,syfiq,firdaus,johan,ain,ina,hafsah,ani,paan,naim,izzat,adi,ayop,am(alien oil panggil?),oil,siti,fatin...and sume customer yg ingat aku,huhu.Insyallah kita berjumpa lagi..Amin...Jaga diri baik2 sume!!c ya!

Thursday, May 20, 2010

kehidupan...

Assalammua'laikum
setelah agak lama x tulis,akhirnya dpt gak mencari masa nak tulis somethig..
hidup ni,mmg x dapat diduga.penuh dengan kejutan,adventure,thrill...
kadang2 kita rasa mcm byk sgt,tp itu lah dugaan.

Ada masa,kita gembira,ada masa,kita sedih....berduka.....dan lain2 lagi.
org lain mungkin ada yg tahu kita sdang bersedih,tapi lbh ramai yg x th.Lgpun,bak kata pepatah"berat mata memandang,lagi berat mata memikul".Org tu tahu pun,apa lah sangat dia blh buat...x byk....
Tapi itu kalau yg tunjuk kan perasaan sedih atau yg bgth,kalau yg x berkongsi?lagi lah org x th..........
Mungkin ada org ingat "dia ni gembira je selalu,mesti xde masalah nye" tapi hakikatnye,bukan begitu...
Kadang2 org mcm ni yg bahaya,pasal selalunye diarg pendam perasaan,sampai kalu org tu x reti kawal,meletup...
Nauzubillah.Harap kita semua,kalau ada yg camtu,x meletup.Amin...
Tapi kadang2,kita pun satu,x paham kawan kita sendiri gak....xkan x pelik tengo aksi dia ni,gembira selalu je ye x?
tapi kadang2,org camni,yg sentiasa happy,mungkin ada sebab sendiri gak,btul x?
mungkin dia x suka tgk org risau pasal die,biar dia tanggung sendiri sorang2..
Hanya Allah yg tahu...


saya cakap di sini,bukan untuk kata kat sesiapa,tp mungkin lbh kepada diri sendiri kot....

di sini saya memohon silap dan salah,kalu ada tersalah ckp,sebut,perbuatan,perangai...
Harap diampunkan...