Jeng3,siapa kah diriku?

My photo
Assalammua'laikum dah salam sejahtera.Nama diberi Mohd marzuq imran,pelajar uia.Motto fav saya ialah "doing the best is more important than being the best!"(dapat masa kat uia pj). Enjoy :)

Sunday, March 6, 2011

pergi perlis!!

Assalammua'laikum.
Pada 24/2/2011,hari khamis,aku dan beberapa kawan ku pergi ke perlis!Tujuan kami sebenarnya nak tgk perlawanan robot yang dianjurkan di sana oleh UNIMAP.Senior kami yg bertanding.kami nie,peyokong je lah kira.Sambil tu kami berharap dptlah sedikit sebanyak idea pasal pertandingan ni.So lps dah berkumpul kul 10 mlm,kami pun bertolak.(pelik tul aku napa x pakai bus uia...pakai bas persiaran..)Masa lebih kurang subuh kami pun berhenti solat subuh sebelum pi ke homestay kami di sana..

semasa test run sedang diadakan
Selepas dah solat jumaat,kami pun bertolak ke dewan 2020 untuk test run.Ada byk Universiti masuk,uia,upm,uitm shah alam,uitm terennganu,uitm ...(x ingat satu lagi),unimap,GMI,and byk lagi.Ada 3 kategori semuanya,robot fire fighter,robot rope climbing,and robot paintball.tapi uia masuk fire fighting and rope climbing sahaja kerana sebab2 tertentu
Pertandingan dia begini:
fire fighting:robot kena travel dalam satu maze,robot tu kena padam kan api and kutip bola pingpong yg berada dlm maze tu.Siapa menang bergantung kepada berapa byk bola dapat dikutip and api yg diorg dpt padamkan.
Rope climbing:robot kena naik tali yang melintang sepanjang 4.5m.Dan robot kena berhenti bila dah sampai atas.Siapa sampai atas dulu menang.
paintball:3 robot untuk satu team,siapa kena tembak 2 kali mati,and kalu dpt ambik bendera di tengah2 tempat berlawan dikira pemenang.
Pertandingan ni sume bukan pertandingan kalah mati,tapi kumpul point..so fair lah jugak.huhu..

Walaupun uia x dapat mencapai kemenangan,tapi at least untuk rope climbing uia dpt no 5.Tapi ada satu moment yang aku rasa mmg lawak gak lah.Masa fisrt2 pertandingan start,kami berlawan dgn satu U nie.Robot kami nak naik atas mengambil masa lebih kurang 20 saat gitu(x silap aku) sementara robot pihak lawan kami blh naik 6 saat gitu.Masa start2 tu,sume diberi masa satu minit untuk pasangkan robot kat tali tu.Tapi dah lepas satu minit,uia nya team still x habis pasang,so x leh wat apa2..so perlawanan pun start.Robot pihak lawan kami naik mmg laju gila,tapi sampai je 1/5 panjang tali tu,dia stuck,so diorg pun retry balik.Team uia pun mengambil peluang untuk pasang betul2 and hidupkan robot tu.Lepas dah berjaya,uia nya robot start naik perlahan2.sementara pihak lawan kami retry byk kali dah,tapi still tersekat kat tempat sama.Last2 uia sampai atas dulu sebelum pihak lawan.dan kemenangan berpihak pada kami.
yg best nya,masa team uia nak dekat sampai atas sementara pihak lawan kami retry banyak kali,tiba2 ada satu kumpulan start tepuk tangan bagi semangat kat team uia.Yang start tu,x tahu siapa,pasal lepas tu baru kami2 sume dari uia start tepuk tangan bagi semangat..
bila cite kisah ni,teringat lak aku kat cerita arnab dan kura2.huhu.mmg sebijik.

paint ball robot
maze yang robot kena lalu
Perlawanan yang lain pun mmg menarik,dan memang best tgk idea2 Semua org guna dalam pertadingan ni.Memang smart lah.Susah nak aku explain kan dia.huhu.pasal sesetengah idea tu mmg menarik gila.Contohnya tuk ambik bola pinpong dalam fire fighting,mostly guna idea vacuum,lps tu simpan.Tapi ada satu U dia guna idea yg berlainan sekali...camna nak explain ek?...umm, diorg buat bila bola tu ada depan robot tu,bola tu akan naik ke bahagian atas robot tu menggunakan satu benda mcm gelongso.and bila benda tu dah naik,dlm tempat tu ada penghalang supaya bola tu x jatuh balik.Idea dia mcm mesin belnder sikit lah kot.huhu.bwh ni gambar dia....

Hari ahad tu,lps uapacara penutup(sultan perlis dtg,and kami nyayi lagu perlis!huhu),kul 3 kami pun bertolak balik.sampai uia dlm kul 11 malam sebab kami berhenti di beberapa tempat rehat untuk sembahyang and solat asar n maghrib..

sempat bergambar.(gambar aku xde..)
itu je kali nie.And insyallah,sesiapa yang nak tengok robot uia buat boleh datang ke booth kami di sebelah oscent khamis nie,10/3/2011.



ada kul 11 30-12 00, 1 00- 1 30, 3 3 30 - 4 00.

Tuesday, March 1, 2011

perjalanan hidup kita...

Assalammua'laikum...

Hidup ini, bagaikan pelayaran di sungai yang teramat deras sekali....Derasnya air itu,seperti masa.Tidak kira tindakan apa yang kita ambil,masa lampau tidak akan dapat kita kembalikan..kita hanya boleh menjadikan peristiwa yang telah berlalu sebagai perngajaran. Masa tidak akan menunggu kita.Seperti air sungai yang terus mengalir,masa pun akan terus bergerak..
Jadi Gunakan lah masa itu sebaik yang mungkin..

Ujian itu bagaikan hujan.Apabila turunnya hujan,ramai yang mengeluh.Tetapi sedar atau tidak,hujan itu lah yang banyak membantu kita..Sekiranya hujan tidak turun,maka air sungai itu pasti semakin lama semakin kotor,dan kita juga akan kehilangan sumber minum kita.
Allah telah memberi kita ujian,supaya kita sentiasa ingat kepadaNya..kerana kita hanyalah hambaNya yang sering terlupa...Jadi jangalah kita mengeluh apabila ditimpa ujian,tetapi berusahalah untuk mengatasinya dan mintalah pertolongan Allah.

Apabila sampainya kita ke penghujung sungai,itu menandakan perlayaran kita di sungai itu telah tamat.dan yang menunggu kita ialah lautan yang tiada penghujungnya...
Begitu juga dengan hidup kita.Dunia ini hanyalah sementara,ia pasti ada penghujungnnya.Yang kekal adalah di akhirat kelak.Jadi jangalah kita hanya menumpukan hidup kita di dunia sahaja,tetapi bersiaplah untuk bekalan kita di masa akhirat kelak.

Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya.Amin...

Saturday, January 22, 2011

perjalananku di sebuah pulau yang sepi...

Assalammua'laikum.blog kali ni mungkin lain sedikit dari kebiassan ku..enjoy  : p



pulau sepi
Persinggahan aku di pulau ini,bukan lah buat kali pertama.Pulau ini, yang hampir kesemuannya hutan yang sangat lebat,sehinggakan kadang-kadang langit ditutupi oleh pokok yang terdapat di hutan ini...Mungkin telah beberapa kali aku singgah di pulau ini,dan pergi meninggalkannya,namun selepas itu,baru aku tahu aku tersilap.Aku tidak pernah meninggalkan pulau ini.Selama ini hanyalah angan-angan ku sahaja.
Berapa ramai yang telah singgah di pulau ini,aku tidak tahu,kerana jarang sekali aku berjumpa degan orang-orang lain di sini...
Apabila saja aku masuk ke dalam hutan ini,keadaan sekeliling ku terus menjadi gelap.Hanya sedikit cahaya yang menembusi hutan yang sungguh lebat ini...Aku bergantung pada cahaya bulan dan bintang untuk menunjukkan jalan keluarnya di sini.

Dari masa ke semasa,aku ternampak satu bintang yang amat terang berbanding bintang-bintang lain yang berda di langit..Aku meyangka bintang inilah yang akan membawa ku keluar dari hutan dan pulau ini.Tetapi sudah beberapa kali aku tersilap..Aku boleh sahaja mengikuti cahaya bulan untuk keluar,tetapi kadang-kadang,cara itu terasa amat lambat sekali...Dari masa ke semasa,aku akan cuba mencari bintang yang baru untuk dijadikan petunjuk untuk keluar dari hutan ini...

Setelah sekian lamanya aku di hutan ini,aku berjumpa dengan satu bintang,satu bintang yang bagiku,tidak pernah ada bintang yang seperti ini.Cahaya nya sungguh berlainan sekali..Aku berharap bintang ini akan membawaku keluar dari tempat ini,namun kadang kala,cahaya bintang ini menyebabkan mataku silau,sering aku tercari-cari sama ada bintang itu masih dapat ku lihat dan ikut..
Adakah bintang ini yang akan dapat membawaku keluar dari hutan dan pulau ini?hanya masa lah yang dapat menjawab persoalan ku ini...
Pulau ini,ku namakan nya sebagai pulau sepi...



spoiler alert!


p.s:sume di atas adalah satu kiasan,aku mengambil idea dari warkah cinta berbau syurga.tapi bukan tiru!.sedikit sebanyak menceritakan perjalanan hidupku ini...

Monday, December 20, 2010

list novelku

Assalammua'laikum.
wah,x sangka dah dua thn sejak aku start baca novel2 nie sume.Aku ingat lagi novel pertama aku beli and baca,novel "ayat-ayat cinta".Lepas tengok cerita dia,barulah aku tahu dia ada novel.Aku lagi suka membaca daripada tengok cerite psl kdg2,bile tgk cerita,ada yg aku x dgr,and kena bergantung pada subtitle je.x mcm novel,sume dpt aku baca.huhu.And selalunya novel lagi byk jalan citenya,berbanding ngan movie psl dia kena muatkn cite tu sume dlm masa 2 jam or gitu2 je.huhu.
Lps tu,start lah aku beli novel2 yg drpd mcm2 penulis.huhu.

novel-novel yg tlh ku kumpul
x slhnya ada lebih kurang 14 camtu novel yg ada kat almari aku nie skung.huhu.Yang baru je habis aku baca,"relevankah aku dihatimu" and "aku bukan malaikat".dua2 best.senang kata,sume novel aku baca aku suka.tapi top dlm list aku:

1)Warkah cinta berbau syurga
novel nie je 3 kali aku baca,haha.Jalan cite mmg best,nasihat2 dia pun mmg sumenya berguna kepada aku.Cerita dia di alam pelajar,and situasi cite dia ada sedikit sebanyak hampir serupa ngan aku,cuma aku x sebaik watak utama dia.Sambungan dia "ketika cinta dan wahyu bersatu" pula di alam pekerjaan,so susah sikit nak kaitkn dgn diri sendiri yg masih belajar.huhu.

2)Tautan hati
novel nie satu-satunya novel yg aku pinjam orang lain nya,habis baca,lps tu baru beli balik.Yg nie mmg byk nasihat dia,sampai ada kwn aku malas sikit nak baca psl dari awal hingga akhir mmg penuh dgn nasihat,x mcm novel2 lain yg aku beli.Setting dia kat UIA gombak,huhu.tempat aku dan kwn2 aku sdg menimba ilmu buat masa sekarang.

3)ketika cinta bertasbih 1&2
yg nie rasanya ramai org dah tgk movie dia(aku sendiri x tgk lagi).Mmg menarik jugak,mengisahkan ttg Azam,yg kena menyara hidup keluarganya setelah kematian ayahnya.Dia terpaksa mengorbankan pljrnnya(dia duduk kat cairo,x silap aku selama 7 tahun)untuk menjual pelbagai mknn dekat cairo.huhu.Mmg best tgk ketabahan dia,and kebaikkan dia.

yg lain pun best jugak,tapi yg atas nie mmg top aku lah.huhu.aku recommendkan sapa2 yg suka bc novel bacalah novel2 nie.walaupun tajuk dia agak jiwang,tapi nasihat yg disampaikan mmg byk.semoga membaca!!hehe.
p.s:tapi jgn lupa bljr lak!and minta maaf kalu kurang sinopsis,memandangkan aku nie x reti sgt nak tulis sinopsis cite.huhu

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal hijrah 1432

Assalammua'laikum.
sebelum memulakan perbicaraan aku,aku nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432.Semoga dosa2 kita sebelum nie sumenya diampunkan Allah,sume amalan2 kita diterima Allah.Harap pada tahun baru ini, amalan kita dipertingkatkan lagi,ilmu di dalam dada kita ni bertambah, dan semoga kita sume sentiasa dirahmati Allah yang Maha Esa...
and aku nak ambik kesempatan nie, untuk memohon maaf kat sume kawan2 aku,kalu selama nie,aku ada tersilap kata,or ada action aku yg buat korang tersinggung,harap diampunkan..

Alhamdulillah,walaupun aku keje pada 6/12/2010,sempat jugak aku membaca doa awal akhir tahun dan awal tahun.Harap tahun ni Semuanya berjalan dgn lancar.Amin.

Alhamdulillah,result aku yg kebetulan(or uia saja je)kuar pd hari yg sama,sumenya ok.Memang bersyukur sangat kepada Allah psl result aku kali nie,psl aku awal2 mmg rissau,carry mark aku kali nie x yg mcm aku harapkan.Alhamdulillah.
Selamat lah Mango Chili(restoran aku keje)dah ada internet,so dpt lah tgk result masa tu jugak.huhu.

And hari tu jugak merupakan hari terakhir aku keje kat situ untuk kali nie.Hari yg selebihnya aku nak gunakn tuk berehat di rumah..Tangan aku yg sepatutna blh heal dlm 3 bulan,x heal lagi,sebab dia?psl aku keje.haha.Lps tu aku pulak x exercise tgn aku untuk kuatlan otot2 dia,lagi lah lambat baik..

And ari tu jugak lah,aku dpt gaji aku!!haha.byk tul benda berlaku ari tu jugak.Alhamdulillah.huhu.Tapi dua ari lps tu(semalam,8/12/2010),blum apa2 100 dah abis.reason dia?novel 2=rm50(haha,satu dah abis baca pd keesokkan ari nya),seluar,sabun,and mkn kat tempat aku keje.huhu.Yg lain akan aku simpan tuk masa yg akan dtg...

Rasanya itu je kali nie.
sekali lagi,Salam Maal hijrah 1432.

Saturday, November 13, 2010

Akhirnya umur ku telah bertambah lagi....

Assalammua'laikum.
Akhirnya hari ini dtg jua....walaupun dulu masa kecik2 x sabar2 nak sampai umor ni,pasal masa tu pikir "dah besar,boleh lah wat apa2 je,xyah bljr je :p".Tapi bila sampai umor nie,baru lah sedar,semakin tua kita,semakin besar tanggungjawab kita...Bila kita dah dewasa,bayak yg perlu kita fikirkan...Bukan sahaja hal dunia,tapi juga hal akhirat..."with great power come great responsibility".haha.

cakap pasal umur,aku teringat pula masa aku nak minta keje sementara tunggu masuk uia gombak kat georgetown(rasanya,x ingat nama dia)kat wangsa walk...Org tu ingatkan aku nya umur 25,haha,padahal aku masa tu umur 19 je.And masa aku lawat balik tempat keje aku yg lama,ada lah pekeja baru pelik pasal aku panggil anak boss yg keje situ yg berumur 22 thn tu akak,pasal dia ingatkan aku lagi tua dari akak tu,haha.
Agaknya apa yg sebabkan org ingat umur aku 25 ek??Tua betul muka aku nie,padahal aku rasa macam muda je aku nie,Perangai aku pun mcm budak2 lagi.haha..korangnya pendapat??

Anyway,aku nak ucapkan thanks pada sume yg wish kan aku,and minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut,andai kata sepanjang aku hidup ni,aku ada tersilap kata,or ada perbuatan aku yg tersakitkan hati korang.Harap korang sume dpt maafkan.Aku hanyalah seorang hamba Allah yg lemah,yg x lari daripada kesilapan.

rasanya tu je buat kali ni..bb!

p.s:walaupun dah 20,buat perangai kanak2 xpe kan?hehe

Friday, October 15, 2010

impian dan harapan

Assalammua'laikum.

Mampukahku mencapai bintang-bintang yang berkerlipan di langit,sedangkan kapalku diperbuat dari kayu?

Mampukahku berenang merentasi lautan, andai kata aku tidak tahu berenang?

Mampukahku menakluki puncak gunung everest, sedangkan bukit di belakang rumahku sendiri tidak dapat ku daki?


Semua orang mempunyai impian atau harapan masing2.jarang sekali ku dgr seseorg itu tiada impian atau harapan.Kalau bertanyakan budak2 di sekolah pun,mereka semua tentu mempunyai harapan masing2.Mungkin masa kecik,kita sume menjawab,"saya nak jadi superman","saya nak jadi batman" dan sebagainya. Masa tu,kita semua masih kecik,fikiran pun masih belum matang....

Semakin umur kita bertambah,ilmu kita pun meningkat.Mungkin ada diantara kita yang apabila sampai ke peringkat remaja, mereka telah memikirkan masak2 impian mereka dan harapan mereka apabila mereka besar nanti. Namun,ada jugak yang masih mencari-cari impian dan harapan mereka..

Mempunyai impian atau harapan,sama sekali tidak salah,tapi semua impian atau harapan itu,mestilah diikuti dengan usaha,doa dan tawakal. Kita tidak boleh berangan2 seperti mat jenin,dan berharap impian atau harapan kita akan terjadi dgn sendiri. 3 step supaya impian kita tercapai:berusaha,berdoa dan bertawakal. Kita mesti melakukan ketiga-tiganya,tidak boleh meninggalkan salah satu..

Kalau kita sudah berdoa dan bertawakal,tetapi usaha kita hanyalah alar kadar sahaja,sudah pasti result yg kita dapat pun hanyalah alar kadar sahaja...

Andai kata kita sudah berusaha,berdoa dan bertawakal,tetapi impian kita tidak tercapai,kita tidak seharusnya kecewa,kerana mungkin itu sebagai cubaan dari Allah. Allah jualah yang mengetahui segala-galanya...

mohon maaf kalau saya tersilap bahasa.Yang baik datag dari Allah,yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri...