Jeng3,siapa kah diriku?

My photo
Assalammua'laikum dah salam sejahtera.Nama diberi Mohd marzuq imran,pelajar uia.Motto fav saya ialah "doing the best is more important than being the best!"(dapat masa kat uia pj). Enjoy :)

Tuesday, June 26, 2012

ROBOCON 2012

Assalammua'laikum.
hi lama x tulis dlm blog. Berapa bulan dah berlalu.Aku nak post cite psl dekat london pun dah x jadi2.haha. Nanti lah bila aku ada masa lapang blk.  Skung ni sdg prepare tuk Robocon 2012 pulak,maybe ni last time dapat masuk,third year dah xleh masuk,psl ada Praktikal. So kena bagi yg terbaik.

Pertandingan kat malaysia nye 12 julai till 17 julai,so kira kami tinggal lagi 2 minggu je lagi tuk siapkan apa2 yg x siap lagi,and testing sebanyak yg mungkin psl kami Alhamdulillah dah buat field. Pertandingan kali ni kat terengganu,agak jauh berbanding dgn termpat thn lps(kat nilai je).

Kali ni nya Robocon yg special sikit berbanding dgn yg sblm nie psl robot manual kena dinaiki oleh pembawa dia(kira mcm kereta lah),and kali ni mmg penting tuk robot tu supaya blh tuk communicate sesama sendiri. Macam dulu,akan ada 3 robot,1 manual,1 auto,1 collector(robot auto jugak).

tuk exra info,leh tgk website bawah nie. X dpt nk tulis panjang2,psl nk kena siapkan robot lagi.Bye :)
Doakan kami dpt buat yg terbaik!!

youtube video
http://www.youtube.com/watch?v=qtAGSka8Nk8

official website tuk robocon 2012.
http://www.aburobocon2012.hk/

WEbsite tuk malaysia nya robocon
http://www.robofest.org.my/contact.asp

Tuesday, January 24, 2012

perjalananku ke Ireland(part 1)

Assalammua'laikum.

Alhamdulillah sampai aku ke tanah air ku kembali, Malaysia. Walaupun mmg best dpt jln jauh2,tapi yg plg best
stay bg sku still malaysia.Reason dia?nanti aku bgth :)

  Lps aku habis exam pagi 11/1/2012,esoknya,12/1 Aku n mak aku bertolak ke Dublin, Ireland. flight tu mmg lama,6 jam tuk ke abu dhabi(dia transit akt situ),lps tu lagi 6 jam tuk ke Dublin. Lama kan?mmg penat and sakit tulang belakang duduk dlm flight lama2. Lps tu kul 5/6 pagi(masa Ireland -8 from malaysia)camtu,kami pun sampai. Pergh,cuaca mmg sejuk gila.maklumlah winter,suhu dia pagi tu x silap aku 6 degree celsius. Bernafas sume kuar asap.haha,mmg seronok sgt aku masa tu main asap.Lps dah tunggu sekejap, kakak ku,Azyan pun dtg tuk bawa kitaorg ke rumah sewanya.kebetulan roomate dia masa tu ada hal lain, so kami pun dpt duduk di rumah sewa kakakku.
airport Abu Dhabi Terminal 1

Memandangkan skung nie winter kat sini,pagi dia sekejap je,subuh (6-8),zohor (12.30-1/2),asar(1/2-4 30),maghrib(4.30-...x pasti),isyak. So maksudnya dlm kul 4 30 je dah start gelap,huhu.Kalu nak solat masa kat sini,sini xde surau mana2,so kami pun solat dlm changing room dlm mana2 kedai.Setengah kedai changing room dia besar,so sng lah gak.Kiblat kitaorg tahu dr internet +app iphone :)

  Lps dah rehat and breakfast+solat subuh(subuh start kul 6 lbh,abis kul 8 lbh),kami pun naik bas ke city. city dia ada trademark pin panjang sgt,x th pin tu ada function ke x.
gambar sekeliling aku.yg pin tu ada kat sblh kanan nie,tgh2 pokok tu
And memandangkan christmas dah abis,byk brg sale,so kami pun beli lah baju,minyak wangi,baju baby,etc. Lps tu lunch crepe and waffle. lps dah puas jln2,kami pun blk. Lgpun kami penat sgt and tambah lagi dgn jetlag psl perbezaan masa,so dlm kul 8 mlm(masa Ireland, kalu malaysia dah kira kul 4 pagi),kami pun tertido :)





dekast station keretapi
  Hari kedua kitaorg pergi naik train tuk ke Kidare village. By the way,tuk informatin korang,kat sini kenderaan dia lain sikit,sume ikut masa,jaranglah bas or train lambat,mostly sume sampai pada masa yg dia bgth,and akan bertolak ikut jadual, x kisah ada org or xde org dlm train/bas tu.







Sampai sana,tempat dia mmg lawa sgt2.tapi xdpt nak ambik gambar byk,psl ada guard kat situ x kasi.aku pun x paham napa dia x kasi ambik.tapi dptlah ambik senyap2 gak. And maybe because dia kawasan kampung sikit,so angin tiup mmg kuat gila,so mmg sejuk lah.tgn aku sampai rasa mcm xleh gerak psl sejuk sgt.lagi2 hari tu aku pi cuba pakai jaket aku yg lagi nipis,mmg kesilapan lah.mengigil2 aku.slmt dlm kedai panas sikit :)
Kat sini pun sesuai shopping je,mak aku shopping periuk2,psl kalu kat kl,harga dia 2 or 3 kali ganda harga sini. Nk bw blk KL camna,itu fikir nanti :)   haha.Seluar Levis pun murah,2 dpt 30 euro(kira 2 dpt rm120).

  hari ketiga, pasal Dublin x byk sgt benda yg blh lawat,so kami pun skali lagi ke city,lps dah shopping sikit2,kakak ku bawa kami mkn di kedai pakistan Islam.Just byr 6.50 euro sorang,makan buffet.mmg sdp lah mknn dia,mmg kami tambah byk2 :)  tapi kalu mkn tiap2 hari kat sini,gemuk lah aku gini ^_^ 


Taman di kawasan rumah kakak aku.

  Hari keempat,pagi tu aku and mak aku jln2 dekat tmg area tu,tapi dgn berhati2,psl sblm nie kawan kakak aku beg dia kena curi kat situ(tapi lps tu br kami tahu,pencuri tu ditemui mati psl drug overdose). Taman dia mmg lawa,tapi pokok sume xde daun lah,psl winter. Kami jln sikit je taman tu,psl masa x byk,ptg nk jln lagi. Tapi kalu hari sabtu or ahad ramai org kat taman tu,ada yg main bola,jog,etc.X tahu camna diorg leh tahan cuaca sejuk tu.huhu

Grafton street at night

ptg tu kami ke grafton street,tapi kali ni aku and mak aku je pi naik bas sendiri2,psl kakak aku terpaksa ke hospital tuk study dia. Kami plan jumpa kat Grafton street tu(street ni famous psl shopping juga ^_^ ). lps dah naik bas ke kawasan tu,kami x th arah mana Grafton street tu,so kami main jln je,last2 dh penat,so duduk kedai tunggu kakak aku dtg.tp by the time kakak aku dtg,nak dekat gelap,so kami lawat kawan kakak aku yg stay kat area tu,pulangkan buku,lps tu mkn mknn jepun!! sedap,tapi byk gila dia kasi,nk dekat meletup perut nk cb abiskn.Area nie dekat je ngan RCSI(Royal Collage Surgery Ireland,tempat kakak aku bljr),tapi psl dh mlm,so kami x singgah,tapi trus blk.



   On last day sblm bertolak ke London,kami akhirnya ke Muzium Ireland. Nak pi sana kena naik bas,lps tu tukar train pulak.muzium dia besar,and psl kami malas nk bc sume benda kat sana,mostly kami tgk2 je sikit2. Tapi ada gak part senjata2 yg diorg guna masa perang diorg lu,mcm antiaircraft,pistol,pedang,mcm2 lagi lah. Lps dah puas tgk2 tempat tu and puas bergambar(x byk dpt gambar,psl dlm muzium mana blh bergambar ),kami pun pi sekali lagi ke city sblm balik.



Hari khamis tu,flight kami pukul 8 pagi,so bertolak awal2 dr rumah naik teksi kul 6 30. Kami naik penerbangan Ryan Air,company yg plg murah sekali harga flight dia,tapi mcm pelik gak lah.Dia kasi bw sorang satu je hand luggage. So kakak aku,dia bawa beg tarik satu and beg tgn satu,dia suruh kakak aku masukkan beg tgn tu ke dlm beg tarik kakak aku.Padahal nanti sama je berat dia,bukan ada beza pun berat hand luggage tu.huhu. Flight ke London sejam je,and masa ireland and london sama,so xyah lah tuakr masa jam.

sampai sini je lah aku cite..Part London aku cite nanti lah,kalu x panjang sgt,penat aku nanti :)
dublin a 5 pm
waktu berlalu

Saturday, December 17, 2011

Dan masa pun berlalu..

Assalammua'laikum.
haha mcm biasa,lama dah x tulis apa2 kat blog aku nie.minggu nie and minggu depan mmg akan sibuk gila,pasal last kelas minggu depan. So masa tu lah quiz,assignment,projek and etc.Selamat lah Roboteam workshop dah abis dah,kalu x,lagi busy.

Tapi bukan busy pasal sebab nie :)

Roboteam workshop abis jumaat lepas,(16/12/11),Malam tu pertandingan dia. Hari tu mmg first time gak aku rasa busy gitu sekali,dr pagi sampai mlm duduk situ(kecuali masa solat jumaat n mkn tengah ari jap lps tu). Byk tul masalah jadi,tapi Alhamdulillah,sume tu berjalan lancar.Walaupun patutnya pertadingan start kul 9,tapi psl ramai x siap lagi,perlawanan pun ditundakan 1 jam(rasanya,x ingat). keaadaan agak meriah juga,psl dpt tgk robot2 tu berlanggar sesama sendiri.huhu. Apapun,mmg best and harap2,lps nie event nie dpt lagi kitaorg buat masa depan.





Skung nie,memandangkan minggu depan dah exam(30/12/2011), so kenalah siap sedia nk study.tp sblm tu kena siapkan sume assignment and prepare tuk any quiz,+ siapkan project mecha. Byk gak benda kena buat, tapi bagus jugak gitu.
Ada kawan aku kata, busy tu bagus, at least kita xde lah buat benda2 yang x berfaedah :).

k lah,rasanya tu je kali nie.byk lagi keje nak wat..Wish us all the best!

Friday, October 21, 2011

Tugas ku sebagai PC=Personal Computer?

Assalammua'laikum. Hi! hehe.nampak gayanya aku nie setiap bulan post sekali je.huhu. Nak kumpul idea lah org kata.

PC?
Baru2 nie,kumpulan roboteam aku ada lah buat workshop tuk pilih member2 baru untuk dimasukkan dlm pertandingan nanti. Pertandingan tu memang lambat lagi,tapi dah kena start awal,psl byk nak kena buat. Dan untuk workshop kali nie,aku pun dilantik menjadi PC. Sebelum nie aku mmg x pernah lansung  masuk apa2 event,so kali nie masa dilantik jadi PC,mula2 confuse gak,pc tu apa?apa job scope dia?aku ingat kan awal2 PC tu,kena buat keja yg berkaitan ngan computer,mcm slideshow ke,or something along the line. Lepas dah tanya kawan2 aku baru lah aku tahu keje sebenar PC.
Booth for roboteam workshop

PC or nama penuh dia,-program cordinator bertugas untuk merancang plan sesuatu majlis dr awal hinga lah akhir. Kena lah tahu masa untuk presiden berucap bila,untuk rehat bila,tetamu terhormat ckp bila,and so on.Selain tu kena tahu juga perkembangan Biro2 lain,supaya masa event nanti xde lah kelam kabut bila tiba2 ada masalah..Salah satu benda lagi yg PC kena buat ialah Masterplan,yg merankumi tentatif event tu,sapa yang akan handle benda2 dlm event tu(seperti saya yg nak jaga mic,jaga booth,jaga register).

Awal2 sekali mmg aku lost nak kena buat apa,so minta lah senior2 and kawan2 contoh masterplan. Berpandukan contoh2 tu,Alhamdulillah,dpt aku buat masterplan. Tapi masterplan aku masih x complete,selang beberapa hari je aku edit,psl nak tambah maklumat,tkar sapa yg berucap,and many more.Last day sblm first workshop tu br aku edit last,lps tu antar kat sum org penting.

Pelajar dlm workshop 1

Alhamdulillah,workshop kali nie berjln ngan lancar,lps ni ada lagi beberapa workshop lain aku kena handle,tapi Insyallah blh buat.Amin...Memang bagi aku,benda nie sume satu pengalaman yang best dan yg amat menarik sekali.





zzzz aku dah start ngantuk nie,tulis blog mlm2,k lah,jumpa lagi :)

Thursday, September 8, 2011

Dan raya pun berlalu...

Assalammua'laikum.
lama tul x menulis dalam blog nie.Kali ni nak kata sibuk,cuti.haha.mungkin malas sikit.Tapi sedar2 je,Ramadhan dah abis,And Syawal menjelma.Hari nie je dah raya ke 12.

Cuba kita tengok kembali hidup kita sebelum Ramadhan,semasa dan selepas.Adakah amalan kita semakin meningkat?atau sebaliknya?Seelok-eloknya biarlah semua ibadat yang kita lakukan semasa Ramadhan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Sayang kalau semua ibadat itu ditinggalkan begitu sahaja. Alang2 syawal,kita boleh melakukan puasa sunat 6 hari,untuk mendapatkan pahala sama dengan berpuasa 1 tahun.Jom2 puasa!Ingatan untuk saya terutamanya :)


Alhamdulillah,Menjelang raya tahun nie,banyak gak dpt barang2 baru.Antaranya kasut raya,jam tangan,baju kemeja baru dan duit raya!!hehe.X sangka walaupun dah besar,dpt lagi duit raya(walaupun x sama mcm kecik2 dulu).




Tapi memandangkan raya dah berlalu,so skung dah kena ready untuk masuk uia balik.12/9/2011 nie dah kena masuk balik and start first sem second year.Wish me the best ya?
see ya!

Sunday, June 19, 2011

the end of one journey,the beginning of a new adventure.

Assalammua'laikum.
sedang menunggu bas uia
minggu lepas,(13-17 june 2011),berakhirlah perlawanan Robocon yang diadakan di Stadium tertutup negeri sembilan,nilai. Terdapat hampir 40 Universiti yang masuk,namun ada universiti yang menarik diri daripada bertanding. Rabu lepas, kami pergi ke nilai untuk membuat test run(10 minit je dia kasi,x best tul...).kami kena dtg pukul 8 pagi, and test run kami pukul 4 petang...memang lama gila kami menunggu...sementara menunggu tu kami pun tgk2 test run oleh Universiti lain,nak tgk team mana yang hebat2.huhu.


field
Besoknya(khamis) perlawan pun bermula.tiap2 U akan berlawan dengan 4 team lain yang satu group ngan diorg,dan dlm group tu,2 team with the highest score akan pergi ke quarter final..kami nya perlawan 2 berlangsung pada hari khamis,2 lagi hari jumaat.Perlawanan kami yg pertama kami berjaya menang(ngan 18 mata),namun second perlawanan kami kalah. Malam tu kat lab kami tambah2 sikit something kat robot kami,and pada robot manual,kami buang cover nya.sebab dia?pasal dia asyik2 nak jatuh je.huhu.Yang x blh tahan first game cover robot manual tu  jatuh.dah lah saat2 kritikal.ish3. And satu lagi masa nak pi untuk verification sebelum first perlawanan,tiba2 bateri nya wayar tercabut.Mmg agak cemas lah. Jln penyelesaian?ambik masking tape balut dia kuat2.huhu.selamat jadi. Jumaat tu lagi 2 game,sayang dua2 kami tewas.satu tewas ngan pasukan yang berjaya buat sume task yang robot2 tu kena buat kurang dari 3minit,iaitu UTM .huhu.

sempat bergambar :p
Tapi yang paling pentingg kami dapat ialah exp and peluang untuk tgk robot2 dari U lain.Pasal U lain akan mempunyai reka bentuk robot yang berbeza2.Walaupun konsep dia kesemuaanya hampir sama, namun masih terdapat perbezaan.Contohnya untuk lift tangan robot mereka ke atas dan kebawah. Rata2 sumenya menggunakan tali,namun ada U yang pakai pressure untuk membuat task itu. Cara2 untuk memastikan robot mereka mempunyai panjang yg dibenarkan juga amat berbeza. Ada team yang buat sliding pada tangan, or lipat tangan robot mereka,seterusnya dijatuhkan menggunakan mekanisma tertentu.

Hari sabtu merupakan hari terakhir yang wajib kami dtg untuk mendapatkan deposit kami balik.huhu.(salah satu teknik yg digunakan untuk memsatikan sume team dtg hari last tu or duit diorg akan burn.).Pertandingan habis secara rasmi pada pukul 4 dan kami pun pulang.
bersama team2 manual(ada ahli2 xde masa nie)

Walaupun kami tewas,namun exp dan pengalaman yang kami dpt akan kami gunakan untuk masa hadapan.Insyallah. Ganbarimashou!!!aja aja fighting!!
: p

Sunday, May 15, 2011

Robocon...

Assalammua'laikum.
waduh2,dah lama betul aku x tullis dalam blog aku nie...tik tok tik tok,x sangka dah sebulan dah berlalu...cpt betul masa berlalu..maklumlah bila sibuk,begitulah yg terjadi....
Selepas exam and cuti 10 hari,aku dan beberapa kawan ku + senior2 harus kembali ke uia untuk menyiapkan robot supaya dapat bertanding dlm Robocon yg akan dianjurkan pada 13 june nie..
Dalam pertandingan nie,kami perlu mencipta 2 atau 3 robot yg blh menjalankan task2 tertentu dalam masa yg diberi.lagi byk task yg kita buat,lagi byk markah yg akan diberi.Robot yg direka mempunyai limitation dari segi total beratnya,tingginya,panjangnya dan lain2 lagi.

system pulley
Nampak mcm senang je kan?tapi sebenarnya,wow,mmg payah and mmg mengambil masa yg lama tuk reka robot nie..Kat sini lah baru aku nampak kegunaan ilmu2 seperti static,dynamic,physic,(bio?hahaha.x kot)
yg aku dpt apply kepada robot kami nie. kita bukan blh main letak je benda2 yg kita nak atas robot tu,kita kena fikir berat dia,kecenderungan dia untuk jatuh and mcm2 lagi.








And kat sini jugak menguatkan lagi aku punya minat terhadap engineering mechatronik...Alhamdulillah aku dpt major ni di uia.
bersama team2 member and robot
member2 sdg membuat kerja




Kami buat sume nie di autonomous lab di uia gombak.Bilik ni x silap aku mmg tujuann dia digunakan untuk program2 mcm kami nie.huhu.Sebelum short sem bermula,kami selalunya berada di sini pagi,ptg malam.Selalunya pulang ke bilik hanya untuk berehat,solat,tido(and tgk cite  :p).Tapi selpas nie,mungkin setiap malam sahaja kerana short sem dah pun bermula..

saat melepaskan tension. :P
 Rasanya itu saja kali nie.Insyallah bila ada masa nanti,aku cuba update lagi blog aku nie.
bb!Wish we all the best!!