Jeng3,siapa kah diriku?

My photo
Assalammua'laikum dah salam sejahtera.Nama diberi Mohd marzuq imran,pelajar uia.Motto fav saya ialah "doing the best is more important than being the best!"(dapat masa kat uia pj). Enjoy :)

Monday, December 20, 2010

list novelku

Assalammua'laikum.
wah,x sangka dah dua thn sejak aku start baca novel2 nie sume.Aku ingat lagi novel pertama aku beli and baca,novel "ayat-ayat cinta".Lepas tengok cerita dia,barulah aku tahu dia ada novel.Aku lagi suka membaca daripada tengok cerite psl kdg2,bile tgk cerita,ada yg aku x dgr,and kena bergantung pada subtitle je.x mcm novel,sume dpt aku baca.huhu.And selalunya novel lagi byk jalan citenya,berbanding ngan movie psl dia kena muatkn cite tu sume dlm masa 2 jam or gitu2 je.huhu.
Lps tu,start lah aku beli novel2 yg drpd mcm2 penulis.huhu.

novel-novel yg tlh ku kumpul
x slhnya ada lebih kurang 14 camtu novel yg ada kat almari aku nie skung.huhu.Yang baru je habis aku baca,"relevankah aku dihatimu" and "aku bukan malaikat".dua2 best.senang kata,sume novel aku baca aku suka.tapi top dlm list aku:

1)Warkah cinta berbau syurga
novel nie je 3 kali aku baca,haha.Jalan cite mmg best,nasihat2 dia pun mmg sumenya berguna kepada aku.Cerita dia di alam pelajar,and situasi cite dia ada sedikit sebanyak hampir serupa ngan aku,cuma aku x sebaik watak utama dia.Sambungan dia "ketika cinta dan wahyu bersatu" pula di alam pekerjaan,so susah sikit nak kaitkn dgn diri sendiri yg masih belajar.huhu.

2)Tautan hati
novel nie satu-satunya novel yg aku pinjam orang lain nya,habis baca,lps tu baru beli balik.Yg nie mmg byk nasihat dia,sampai ada kwn aku malas sikit nak baca psl dari awal hingga akhir mmg penuh dgn nasihat,x mcm novel2 lain yg aku beli.Setting dia kat UIA gombak,huhu.tempat aku dan kwn2 aku sdg menimba ilmu buat masa sekarang.

3)ketika cinta bertasbih 1&2
yg nie rasanya ramai org dah tgk movie dia(aku sendiri x tgk lagi).Mmg menarik jugak,mengisahkan ttg Azam,yg kena menyara hidup keluarganya setelah kematian ayahnya.Dia terpaksa mengorbankan pljrnnya(dia duduk kat cairo,x silap aku selama 7 tahun)untuk menjual pelbagai mknn dekat cairo.huhu.Mmg best tgk ketabahan dia,and kebaikkan dia.

yg lain pun best jugak,tapi yg atas nie mmg top aku lah.huhu.aku recommendkan sapa2 yg suka bc novel bacalah novel2 nie.walaupun tajuk dia agak jiwang,tapi nasihat yg disampaikan mmg byk.semoga membaca!!hehe.
p.s:tapi jgn lupa bljr lak!and minta maaf kalu kurang sinopsis,memandangkan aku nie x reti sgt nak tulis sinopsis cite.huhu

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal hijrah 1432

Assalammua'laikum.
sebelum memulakan perbicaraan aku,aku nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432.Semoga dosa2 kita sebelum nie sumenya diampunkan Allah,sume amalan2 kita diterima Allah.Harap pada tahun baru ini, amalan kita dipertingkatkan lagi,ilmu di dalam dada kita ni bertambah, dan semoga kita sume sentiasa dirahmati Allah yang Maha Esa...
and aku nak ambik kesempatan nie, untuk memohon maaf kat sume kawan2 aku,kalu selama nie,aku ada tersilap kata,or ada action aku yg buat korang tersinggung,harap diampunkan..

Alhamdulillah,walaupun aku keje pada 6/12/2010,sempat jugak aku membaca doa awal akhir tahun dan awal tahun.Harap tahun ni Semuanya berjalan dgn lancar.Amin.

Alhamdulillah,result aku yg kebetulan(or uia saja je)kuar pd hari yg sama,sumenya ok.Memang bersyukur sangat kepada Allah psl result aku kali nie,psl aku awal2 mmg rissau,carry mark aku kali nie x yg mcm aku harapkan.Alhamdulillah.
Selamat lah Mango Chili(restoran aku keje)dah ada internet,so dpt lah tgk result masa tu jugak.huhu.

And hari tu jugak merupakan hari terakhir aku keje kat situ untuk kali nie.Hari yg selebihnya aku nak gunakn tuk berehat di rumah..Tangan aku yg sepatutna blh heal dlm 3 bulan,x heal lagi,sebab dia?psl aku keje.haha.Lps tu aku pulak x exercise tgn aku untuk kuatlan otot2 dia,lagi lah lambat baik..

And ari tu jugak lah,aku dpt gaji aku!!haha.byk tul benda berlaku ari tu jugak.Alhamdulillah.huhu.Tapi dua ari lps tu(semalam,8/12/2010),blum apa2 100 dah abis.reason dia?novel 2=rm50(haha,satu dah abis baca pd keesokkan ari nya),seluar,sabun,and mkn kat tempat aku keje.huhu.Yg lain akan aku simpan tuk masa yg akan dtg...

Rasanya itu je kali nie.
sekali lagi,Salam Maal hijrah 1432.

Saturday, November 13, 2010

Akhirnya umur ku telah bertambah lagi....

Assalammua'laikum.
Akhirnya hari ini dtg jua....walaupun dulu masa kecik2 x sabar2 nak sampai umor ni,pasal masa tu pikir "dah besar,boleh lah wat apa2 je,xyah bljr je :p".Tapi bila sampai umor nie,baru lah sedar,semakin tua kita,semakin besar tanggungjawab kita...Bila kita dah dewasa,bayak yg perlu kita fikirkan...Bukan sahaja hal dunia,tapi juga hal akhirat..."with great power come great responsibility".haha.

cakap pasal umur,aku teringat pula masa aku nak minta keje sementara tunggu masuk uia gombak kat georgetown(rasanya,x ingat nama dia)kat wangsa walk...Org tu ingatkan aku nya umur 25,haha,padahal aku masa tu umur 19 je.And masa aku lawat balik tempat keje aku yg lama,ada lah pekeja baru pelik pasal aku panggil anak boss yg keje situ yg berumur 22 thn tu akak,pasal dia ingatkan aku lagi tua dari akak tu,haha.
Agaknya apa yg sebabkan org ingat umur aku 25 ek??Tua betul muka aku nie,padahal aku rasa macam muda je aku nie,Perangai aku pun mcm budak2 lagi.haha..korangnya pendapat??

Anyway,aku nak ucapkan thanks pada sume yg wish kan aku,and minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut,andai kata sepanjang aku hidup ni,aku ada tersilap kata,or ada perbuatan aku yg tersakitkan hati korang.Harap korang sume dpt maafkan.Aku hanyalah seorang hamba Allah yg lemah,yg x lari daripada kesilapan.

rasanya tu je buat kali ni..bb!

p.s:walaupun dah 20,buat perangai kanak2 xpe kan?hehe

Friday, October 15, 2010

impian dan harapan

Assalammua'laikum.

Mampukahku mencapai bintang-bintang yang berkerlipan di langit,sedangkan kapalku diperbuat dari kayu?

Mampukahku berenang merentasi lautan, andai kata aku tidak tahu berenang?

Mampukahku menakluki puncak gunung everest, sedangkan bukit di belakang rumahku sendiri tidak dapat ku daki?


Semua orang mempunyai impian atau harapan masing2.jarang sekali ku dgr seseorg itu tiada impian atau harapan.Kalau bertanyakan budak2 di sekolah pun,mereka semua tentu mempunyai harapan masing2.Mungkin masa kecik,kita sume menjawab,"saya nak jadi superman","saya nak jadi batman" dan sebagainya. Masa tu,kita semua masih kecik,fikiran pun masih belum matang....

Semakin umur kita bertambah,ilmu kita pun meningkat.Mungkin ada diantara kita yang apabila sampai ke peringkat remaja, mereka telah memikirkan masak2 impian mereka dan harapan mereka apabila mereka besar nanti. Namun,ada jugak yang masih mencari-cari impian dan harapan mereka..

Mempunyai impian atau harapan,sama sekali tidak salah,tapi semua impian atau harapan itu,mestilah diikuti dengan usaha,doa dan tawakal. Kita tidak boleh berangan2 seperti mat jenin,dan berharap impian atau harapan kita akan terjadi dgn sendiri. 3 step supaya impian kita tercapai:berusaha,berdoa dan bertawakal. Kita mesti melakukan ketiga-tiganya,tidak boleh meninggalkan salah satu..

Kalau kita sudah berdoa dan bertawakal,tetapi usaha kita hanyalah alar kadar sahaja,sudah pasti result yg kita dapat pun hanyalah alar kadar sahaja...

Andai kata kita sudah berusaha,berdoa dan bertawakal,tetapi impian kita tidak tercapai,kita tidak seharusnya kecewa,kerana mungkin itu sebagai cubaan dari Allah. Allah jualah yang mengetahui segala-galanya...

mohon maaf kalau saya tersilap bahasa.Yang baik datag dari Allah,yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri...

Monday, September 27, 2010

life goes on...

Assalammua'laikum.
lama x tulis kat blog nie,huhu.maklumlah,sibuk.haha,alasan sama je tiap2 kali.
sebelum tu,aku nak ucapkan

Selamat Hari Raya!!Maaf zahir batin..harap diampunkan kesalahan2 ku yg lalu.Sesungguhnya aku nie hanyalah insan biasa yg tidak pernah terlepas dari membuat kesalahan..

2 minggu lps,pada 18/9/2010,Alhamdulillah kakak ku telah dinikahkan dengan seorg pemuda dari johor bernama hafiz.Diorg dah kenal agak lama dah,nak dekat 6 tahun.Majlis tu dibuat di dewan prima ljt,yg dekat ngan pasar malam taman melawati...Semua ahli keluarga memakai baju silver,termasuk pengantin.

aku macam x percaya lak kakak ku dah kawin...rasanya mcm baru semalam dia marah2 aku pasal x study masa pmr dulu,and dia paksa aku study..kalu dia masa tu x paksa aku,mmg harapan lah aku masa jwb pmr dulu.huhu.Spm pun sama jugak,dia lah yg memaksa aku tuk study...

Aku kadang2 kalu org lain ckp,aku x dgr sangat,tapi kalu kakak ku ni,izyan ckp something,selallu aku ikut..reason dia?pasal selalunya sume benda yg dia cakap aku x dpt jawab balik,or dgn kata lain,dia asyik ckp benda betul je,so aku x leh lah mencari alasan or loophole ke,huhu....

Sekarang ku yg dah berjasa padaku dah berkawin..Semoga rumah tangga beliau dirahmati Allah.Amin.Thanks kakak,and take care.Nanti dah tinggal johor,jgn lupa lah lawat kami di sini..c ya!

Wednesday, August 11, 2010

malang tidak berbau...segalanya adalah ujian dari ygg Maha Esa..

Assalammua'laikum.
sebelum tu,aku nk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan,and selamat berpuasa!!jom kita banyakkan amalan2 kita...

Al-kisah tersebutlah kisah dimana adalah seorang pelajar uia nie,lps makan mlm bersama2 ngan budak bilik dia,dia pun siap2 nk pi masjid,memandangkan malam tu dah start terawikh.memandangkan dia xde transport lain,and nk cepat,naiklah basikal merahnya yg dipsg lampu..dlm perjalanan tu,masa dia nk turun bukit,dia kena belok knn,tp psl dia sdg turun laju ,and dia cb belok dgn tajam,+tkn brek,basikal dia slide jatuh.lps tu dia pun bangun,ambik basikal dia and tolak ke tepi.Masa tu sbnrnya ada kerata nk masuk simpang yg dia sdg bw kete,selamatlah kete tu nampak dia and kete tu berhenti dulu..And Alhamdulillah kawan dia,yg bernama shahrul and shukri,bw motor sblh dia je,so diorg cpt2 tlg.Dia dihantarkan ke klinik uia..

budak uia tu nama dia Mohd Marzuq Imran,eh,aku la tu.huhu.

aku pun jumpa dr.Lps dr tu dah cheeck,dia pun kata aku kena pi hospiital,dia kata mungkin bahu aku terseliuh.selain tu tgn aku tersiat sikit kulit,and lutut aku cedera sikit.seLepas seorg nurse tu dah tlg bersihkan(thanks you doktor n nurse!May Allah bless you.),aku pun dihantar ke hospital ampang puteri(sepaptutnya HKLl,tp kakak aku kt hukl kn tunggu lama,so tukarrlah ampang puteri.).First time masa tu naik ambulans,huhu.And laju gak Dreber dia bw..kdg2 ada bumper,psl dia laju,kete tu bergegar sikit,n bh aku pun sakit...

Sampai kat sana,ayah aku ada kt sn dah..Lps tu dr sana bawa aku pi xray,and didapati,comfirm,bahu ku terseliuh.aku tgk gambar tu takut gak aku,aku nya socket yg sambungkan tgn ngan rangka bdn aku tercabut.socket dia kosong(btul ke tu socket?x ingat nama dia,bio dh lupa.)Dr kata sok baru btulkan,psl kul 7 aku baru je lps mkn,and aku kena tunggu at least 6 jam baru leh dia bg ubat pengsan.so kenalah stay satu mlm kt situ..Dr tu kata kalu x pengsan sakit gila masa dia nk btulkan.(tp mak aku kata kalu HKL dia btulkan masa aku sdg bangun,dia akan kasi bius je..Mak aku kata sakit dia sampai org men jerit2,n plg teruk,terkencing.Selamat gk x rasa sume tu.)

mlm tu mmg teruk gak.Hanya Allah yg th betapa sakitnya bahu aku ms tue.Aku pun x th camna nk tiido malam tue...Tapi Alhamdulillah,kul 2 camtu,ubat tahan sakit dia start jln,and dptlah tido...

Sok pg,kul 9 aku pun dibawa ke bilik lainand dipengsankan..masa tu aku x sangka aku akn dipengsankan lagi....ingatkan masa hujung 2006 last aku aakan melawat hospital tuk bedah...huhu.Takdir..

2 jam lps tu,operasi betulkan bahu aku tamat.Masa Aku bgn tu,x rasa sakit dah...so lps dah duduk kt wad sampai kul 6 ptg,aku pun leh balik...Dr kata tgn ku 2 minggu br leh gerak,and 1 or 2 bulan br elok...

Masa aku baru jatuh dr basikal tu,ingatkan just kram je tgn aku,x sangkalah terseliuh..
Tapi pengalaman nie mmg byk bagi aku pengajaran..Ujian yg dihadapi kita akan membawa kita ingat kembali Pada Allah yg Maha Esa.mungkin selama ni aku terlampau lalai dgn tipu daya dunia ni...And meningatkan aku kembali tuk sentiasa bersyukur dgn nikmat yg Allah beri...antaranya kesihatan tubuh badan..And Alhamdulillah aaku hanya cedera pd tgn sahaja...And sepanjang masa aku sdg sakit tu,mmg ingat Allah je,kerana Allah sahaja yg dpt membantu ku...and baru sedar yg kita ni,sbnrnya makhluk yg sgt2 lemah,tapi adakalanya kita lupa and berlagak ngan apa yg kita ada...yg kita ada pun,semuanya Allah bagi pinjam je kat kita,kalu Allah nak tarik balik,senang je...

Sempena bulan Ramadhan nie,marilah kita banyak2 mengingati Allah,and menambah amalan kita sebyk yg boleh..semoga kita semua diredhai Allah..

p.s:susah tul menaip satu tgn..huhu.And Aku nk ucapkan terima kasih kepada ayahku,emakku,dan sume keluargaku atas pertolongan kamu sume and jugak kpd kawan2 ku,shahrul n shukri,and bg sume yg doakan aku .May Allah bless you.Amin.

Saturday, July 10, 2010

uia gombak...

Assalammua'laikum.
Eh rindunya kat blog nie..lama x tulis....sibuk sgt tiap2 ari.ngan ada quiz,assignment,and mcm2 lagi.sabtu ahad lak pun sibuk kuar,memandangkan kakak ku dah bertunang.huhu.kenalah tolong sedikit sebanyak...

Hari tu,setelah mengangkat bai'ah,akhiirnya aku telah menjadi uia gombak student(ada dalam surat khabar gambar kami sume angkat bai'ah) .haha.tapi sepanjang briefing aku asyik tertido jew,maklumlah,jln dari mahallah ke dewan dah lah jauh,lps tu tido 3/4 jam je,mana x tidonya.dahlah jadual dia pi buat aari khamis tu full briefing pagi sampai mlm,ish3.

Masa starting awal2 tu still rasa biasa lagi je,psl x sume klas start,so x penat sgt.Tapi sekarang,lps dah hampir sebulan lebih,wow,mmg malam je ada tuk rehat sikit and lps tu nk wat assignment or bljr lagi..huhu...

sebut psl transport lak,Orang2 lain mostly naik motor,tapi memandangkan aku xde motor,lesen pun xde,so naiklah basikal.huhu.walaupun Basikal tu umor dia dah 2 tahun,tapi Alhamdulillah,lps dah dibaiki sikit2,boleh dipakai dgn baik.Thanks Kepada Abg aku,ikram kerana sudi belikan basikal nie masa 2008 dulu.Byk dah jasa dia,pi keje lu pakai basikal(sebulan lebih pakai),skung pakai lagi,and ikut plan,4 thn nak cuba pakai.Tapi itu semua plan je lah.huhu.Biarlah Allah yg menentukan.

Setakat nie Alhamdulillah pelajaran sume ok,walaupun ada yg pening2.Biasalah,dalam jalan menuntut ilmu ni,kalu x susah mmg x sah.huhu.

rasanya tu je kot tuk kali nie,maklumlah,skung pun sbnrnya sdg wat keje lagi nie..By thw way,Selamat menyambut bulan Ramadhan!!
saya mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut atas sume kesalahan saya,harap diampunkan.