Jeng3,siapa kah diriku?

My photo
Assalammua'laikum dah salam sejahtera.Nama diberi Mohd marzuq imran,pelajar uia.Motto fav saya ialah "doing the best is more important than being the best!"(dapat masa kat uia pj). Enjoy :)

Monday, April 11, 2011

sunway pyramid!!

Assalammua'laikum.
Penatnya ari nie(11/4/2011)...memandangkan kami pljr uia gombak sume baru je abis exam(walaupun ada lagi beberapa org x habis exam lagi),kami pun bercadang nak jalan2.destinasi kali nie?sunway pyramid!!!hehe.
so lebih kurang kul 10 pagi,aku pun mengambil aimin,firdaus,and helmi di uia gombak.Lepas tu trus ke sunway pyramid.Memadangkan kul 10 kete dah xde,,sekejap je dah sampai sunway.
sunway pyramid


kami sampai2 je sunway,kami trus cari kat mana ais skating,pasal takut lambat nanti ramai org.Harga ais skating sekali main rm15(dulu 8 je...),lepas dah pakai kasut and everything,kami pun turun ke gelanggang ais.


awal2 masuk,sume mcm nak jatuh.Walaupun aku dah dtg byk kali,still bila first time main,mesti ttakut nya.lps dah beberapa round baru ok.Jatuh tu mmg adat main ice skating lah,Aimin sorang je yang x jatuh2(x aci!!).tapi jatuh ni,ada kelebihan dia.Kelebihan bila kita jatuh ni,dia bagi semangat kat kita supaya main less fear sikit,psl dah rasa jatuh mcm mana,bukan sakit sgt pun.huhu.


lepas kami dah penat main,lebih kurang kul 2 gitu,kami pun makan wendy!!lama x makan.dulu kat uia pj,abis exam je mesti kami sume pi wendy,hehe.air boleh refill,burger besar,mmg terbaik!!






Selepas telah menunaikan solat zohor,kami pun decide untuk jalan2 sunway tu.So round lah tempat tu,tgk mcm2 benda,mknn,and mcm2 lagi.Kami sempat buat oriami lagi untuk jepun.


Masa nak dekat kul 4 lebih,kami pun naik tingkat atas sekali untuk main arcade pulak,tapi aku and aimin je main,helmi and firdaus x main..Lepas dah main nak dekat 3 game tembak2,kami pun decide nak balik,psl aku takut jem.

Tapi sayangnya,masa kami kuar je dr sunway tu,trus jam,and kami termiss jlan yang sepatutnya kami masuk(salah sapa??:P).Jadi berpandukan gps Aimin,kami pun cuba mencari jalan pulang..Tapi pasal jem teruk sgt,so terpaksa lah kami berhenti di masjid tuk tuanikan solat asar..Masjid mana??masjid mana lagi,hehe
masjid uia pj


Lama x dtg tempat nie.Ingat kan nak lepak2 sikit,tapi memdangkan kami sume ada hal,terpaksa lah kami balik ikut  highway duke..

Sebelum aku boleh balik umah,aku kena kemaskan bilik aku kat uia gombak nie,memandangkan kami sume disuruh berbuat demikian,agak penat lah jugak,and yg peliknya,aku nya barang bila bawa masuk kete,penuh seat blkg.haha.mcm nak pindah pulak rasanya....

lebih kurang kul 10,akhirnya sampai ke umah yg tercinta...Harap2 lps ni kami sume dapat kuar lagi mcm nie.
sempat bergambar masa jalan2 kat sunway

Thursday, March 24, 2011

imbas kucing??

Assaammua'laikum.waduh2,lama gak x menulis dalam blog nie. Exam Final ku dah dekat.Kali ni nya agak cuak gak,pasal kena maintain kan cgpa..Harap2 dapat maintain kan.Amin.



23/3/2011,(rabu),aku ada appointment ngan doctor kul 10(tapi nanti kena tunggu giliran,so selalunya kul 11/12 camtu baru masuk).Tapi sebelum tu aku kena buat imbas kucing dulu....

opss salah.Cat scan,bukan imbas kucing.. Terdirect translate pulak.hehe.
yang ni bukan cat scan tau!!

cat scan ni bertujuan tuk check telinga aku nya keadaan. Memandangkan report untuk catscan ni mengambil masa 1 jam tuk siap,so kena lah gerak awal. Aku cadang nak gerak kul 7-8 lebih camtu, sekali terbangun lewat,kul 9 baru bangun.haha. Memang tergesa2 jugaklah nak siap. Sarapan makan dlm kete je.



Alhamdulillah masa aku bertolak dah x jem, so perjalanan smooth je.Sampi hospital pun banyak tempat parking,mungkin pasal hari rabu. Sebelum nie kalu pi hari sabtu,comfirm susah gila nak cari tempat parking. Lepas dah uruskan cara bayaran and etc,aku pun tunggu giliran aku(x lama pun). Aku masa tu x ingat sgt cat scan tu apa, selama ni x ray je pernah buat. Lepas dah tgk mesin dia baru aku ingat.





mesin catscan.
Proses dia simple je,and sekejap je.aku just perlu baring,kepala xleh gerak, and nanti mesin tu gerak kedepan and kebelakan.lepas tu habis. Tapi masa aku sendiri kena, rasa lama je proses tu nak abis.And aku dapat rasa kepala aku menggeletar,bukan pasal mesin tu,tapi psl aku sendiri cuak sikit.Maklumlah kali pertama.huhu.

Lepas dah abis buat,terpaksa lah aku menunggu satu jam tuk report,lps tu kena tunggu lagi untuk giliran jumpa doc lak.Tapi Alhamdulillah sume nya ok.xde pape masalah..
result catscan dia


Rasanya tu je kali ni.Lepas ni kalu menulis balik,rasanya lepas exam kot.Doakan kami di uia sume buat yang terbaik!!

Sunday, March 6, 2011

pergi perlis!!

Assalammua'laikum.
Pada 24/2/2011,hari khamis,aku dan beberapa kawan ku pergi ke perlis!Tujuan kami sebenarnya nak tgk perlawanan robot yang dianjurkan di sana oleh UNIMAP.Senior kami yg bertanding.kami nie,peyokong je lah kira.Sambil tu kami berharap dptlah sedikit sebanyak idea pasal pertandingan ni.So lps dah berkumpul kul 10 mlm,kami pun bertolak.(pelik tul aku napa x pakai bus uia...pakai bas persiaran..)Masa lebih kurang subuh kami pun berhenti solat subuh sebelum pi ke homestay kami di sana..

semasa test run sedang diadakan
Selepas dah solat jumaat,kami pun bertolak ke dewan 2020 untuk test run.Ada byk Universiti masuk,uia,upm,uitm shah alam,uitm terennganu,uitm ...(x ingat satu lagi),unimap,GMI,and byk lagi.Ada 3 kategori semuanya,robot fire fighter,robot rope climbing,and robot paintball.tapi uia masuk fire fighting and rope climbing sahaja kerana sebab2 tertentu
Pertandingan dia begini:
fire fighting:robot kena travel dalam satu maze,robot tu kena padam kan api and kutip bola pingpong yg berada dlm maze tu.Siapa menang bergantung kepada berapa byk bola dapat dikutip and api yg diorg dpt padamkan.
Rope climbing:robot kena naik tali yang melintang sepanjang 4.5m.Dan robot kena berhenti bila dah sampai atas.Siapa sampai atas dulu menang.
paintball:3 robot untuk satu team,siapa kena tembak 2 kali mati,and kalu dpt ambik bendera di tengah2 tempat berlawan dikira pemenang.
Pertandingan ni sume bukan pertandingan kalah mati,tapi kumpul point..so fair lah jugak.huhu..

Walaupun uia x dapat mencapai kemenangan,tapi at least untuk rope climbing uia dpt no 5.Tapi ada satu moment yang aku rasa mmg lawak gak lah.Masa fisrt2 pertandingan start,kami berlawan dgn satu U nie.Robot kami nak naik atas mengambil masa lebih kurang 20 saat gitu(x silap aku) sementara robot pihak lawan kami blh naik 6 saat gitu.Masa start2 tu,sume diberi masa satu minit untuk pasangkan robot kat tali tu.Tapi dah lepas satu minit,uia nya team still x habis pasang,so x leh wat apa2..so perlawanan pun start.Robot pihak lawan kami naik mmg laju gila,tapi sampai je 1/5 panjang tali tu,dia stuck,so diorg pun retry balik.Team uia pun mengambil peluang untuk pasang betul2 and hidupkan robot tu.Lepas dah berjaya,uia nya robot start naik perlahan2.sementara pihak lawan kami retry byk kali dah,tapi still tersekat kat tempat sama.Last2 uia sampai atas dulu sebelum pihak lawan.dan kemenangan berpihak pada kami.
yg best nya,masa team uia nak dekat sampai atas sementara pihak lawan kami retry banyak kali,tiba2 ada satu kumpulan start tepuk tangan bagi semangat kat team uia.Yang start tu,x tahu siapa,pasal lepas tu baru kami2 sume dari uia start tepuk tangan bagi semangat..
bila cite kisah ni,teringat lak aku kat cerita arnab dan kura2.huhu.mmg sebijik.

paint ball robot
maze yang robot kena lalu
Perlawanan yang lain pun mmg menarik,dan memang best tgk idea2 Semua org guna dalam pertadingan ni.Memang smart lah.Susah nak aku explain kan dia.huhu.pasal sesetengah idea tu mmg menarik gila.Contohnya tuk ambik bola pinpong dalam fire fighting,mostly guna idea vacuum,lps tu simpan.Tapi ada satu U dia guna idea yg berlainan sekali...camna nak explain ek?...umm, diorg buat bila bola tu ada depan robot tu,bola tu akan naik ke bahagian atas robot tu menggunakan satu benda mcm gelongso.and bila benda tu dah naik,dlm tempat tu ada penghalang supaya bola tu x jatuh balik.Idea dia mcm mesin belnder sikit lah kot.huhu.bwh ni gambar dia....

Hari ahad tu,lps uapacara penutup(sultan perlis dtg,and kami nyayi lagu perlis!huhu),kul 3 kami pun bertolak balik.sampai uia dlm kul 11 malam sebab kami berhenti di beberapa tempat rehat untuk sembahyang and solat asar n maghrib..

sempat bergambar.(gambar aku xde..)
itu je kali nie.And insyallah,sesiapa yang nak tengok robot uia buat boleh datang ke booth kami di sebelah oscent khamis nie,10/3/2011.



ada kul 11 30-12 00, 1 00- 1 30, 3 3 30 - 4 00.

Tuesday, March 1, 2011

perjalanan hidup kita...

Assalammua'laikum...

Hidup ini, bagaikan pelayaran di sungai yang teramat deras sekali....Derasnya air itu,seperti masa.Tidak kira tindakan apa yang kita ambil,masa lampau tidak akan dapat kita kembalikan..kita hanya boleh menjadikan peristiwa yang telah berlalu sebagai perngajaran. Masa tidak akan menunggu kita.Seperti air sungai yang terus mengalir,masa pun akan terus bergerak..
Jadi Gunakan lah masa itu sebaik yang mungkin..

Ujian itu bagaikan hujan.Apabila turunnya hujan,ramai yang mengeluh.Tetapi sedar atau tidak,hujan itu lah yang banyak membantu kita..Sekiranya hujan tidak turun,maka air sungai itu pasti semakin lama semakin kotor,dan kita juga akan kehilangan sumber minum kita.
Allah telah memberi kita ujian,supaya kita sentiasa ingat kepadaNya..kerana kita hanyalah hambaNya yang sering terlupa...Jadi jangalah kita mengeluh apabila ditimpa ujian,tetapi berusahalah untuk mengatasinya dan mintalah pertolongan Allah.

Apabila sampainya kita ke penghujung sungai,itu menandakan perlayaran kita di sungai itu telah tamat.dan yang menunggu kita ialah lautan yang tiada penghujungnya...
Begitu juga dengan hidup kita.Dunia ini hanyalah sementara,ia pasti ada penghujungnnya.Yang kekal adalah di akhirat kelak.Jadi jangalah kita hanya menumpukan hidup kita di dunia sahaja,tetapi bersiaplah untuk bekalan kita di masa akhirat kelak.

Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya.Amin...

Saturday, January 22, 2011

perjalananku di sebuah pulau yang sepi...

Assalammua'laikum.blog kali ni mungkin lain sedikit dari kebiassan ku..enjoy  : p



pulau sepi
Persinggahan aku di pulau ini,bukan lah buat kali pertama.Pulau ini, yang hampir kesemuannya hutan yang sangat lebat,sehinggakan kadang-kadang langit ditutupi oleh pokok yang terdapat di hutan ini...Mungkin telah beberapa kali aku singgah di pulau ini,dan pergi meninggalkannya,namun selepas itu,baru aku tahu aku tersilap.Aku tidak pernah meninggalkan pulau ini.Selama ini hanyalah angan-angan ku sahaja.
Berapa ramai yang telah singgah di pulau ini,aku tidak tahu,kerana jarang sekali aku berjumpa degan orang-orang lain di sini...
Apabila saja aku masuk ke dalam hutan ini,keadaan sekeliling ku terus menjadi gelap.Hanya sedikit cahaya yang menembusi hutan yang sungguh lebat ini...Aku bergantung pada cahaya bulan dan bintang untuk menunjukkan jalan keluarnya di sini.

Dari masa ke semasa,aku ternampak satu bintang yang amat terang berbanding bintang-bintang lain yang berda di langit..Aku meyangka bintang inilah yang akan membawa ku keluar dari hutan dan pulau ini.Tetapi sudah beberapa kali aku tersilap..Aku boleh sahaja mengikuti cahaya bulan untuk keluar,tetapi kadang-kadang,cara itu terasa amat lambat sekali...Dari masa ke semasa,aku akan cuba mencari bintang yang baru untuk dijadikan petunjuk untuk keluar dari hutan ini...

Setelah sekian lamanya aku di hutan ini,aku berjumpa dengan satu bintang,satu bintang yang bagiku,tidak pernah ada bintang yang seperti ini.Cahaya nya sungguh berlainan sekali..Aku berharap bintang ini akan membawaku keluar dari tempat ini,namun kadang kala,cahaya bintang ini menyebabkan mataku silau,sering aku tercari-cari sama ada bintang itu masih dapat ku lihat dan ikut..
Adakah bintang ini yang akan dapat membawaku keluar dari hutan dan pulau ini?hanya masa lah yang dapat menjawab persoalan ku ini...
Pulau ini,ku namakan nya sebagai pulau sepi...



spoiler alert!


p.s:sume di atas adalah satu kiasan,aku mengambil idea dari warkah cinta berbau syurga.tapi bukan tiru!.sedikit sebanyak menceritakan perjalanan hidupku ini...

Monday, December 20, 2010

list novelku

Assalammua'laikum.
wah,x sangka dah dua thn sejak aku start baca novel2 nie sume.Aku ingat lagi novel pertama aku beli and baca,novel "ayat-ayat cinta".Lepas tengok cerita dia,barulah aku tahu dia ada novel.Aku lagi suka membaca daripada tengok cerite psl kdg2,bile tgk cerita,ada yg aku x dgr,and kena bergantung pada subtitle je.x mcm novel,sume dpt aku baca.huhu.And selalunya novel lagi byk jalan citenya,berbanding ngan movie psl dia kena muatkn cite tu sume dlm masa 2 jam or gitu2 je.huhu.
Lps tu,start lah aku beli novel2 yg drpd mcm2 penulis.huhu.

novel-novel yg tlh ku kumpul
x slhnya ada lebih kurang 14 camtu novel yg ada kat almari aku nie skung.huhu.Yang baru je habis aku baca,"relevankah aku dihatimu" and "aku bukan malaikat".dua2 best.senang kata,sume novel aku baca aku suka.tapi top dlm list aku:

1)Warkah cinta berbau syurga
novel nie je 3 kali aku baca,haha.Jalan cite mmg best,nasihat2 dia pun mmg sumenya berguna kepada aku.Cerita dia di alam pelajar,and situasi cite dia ada sedikit sebanyak hampir serupa ngan aku,cuma aku x sebaik watak utama dia.Sambungan dia "ketika cinta dan wahyu bersatu" pula di alam pekerjaan,so susah sikit nak kaitkn dgn diri sendiri yg masih belajar.huhu.

2)Tautan hati
novel nie satu-satunya novel yg aku pinjam orang lain nya,habis baca,lps tu baru beli balik.Yg nie mmg byk nasihat dia,sampai ada kwn aku malas sikit nak baca psl dari awal hingga akhir mmg penuh dgn nasihat,x mcm novel2 lain yg aku beli.Setting dia kat UIA gombak,huhu.tempat aku dan kwn2 aku sdg menimba ilmu buat masa sekarang.

3)ketika cinta bertasbih 1&2
yg nie rasanya ramai org dah tgk movie dia(aku sendiri x tgk lagi).Mmg menarik jugak,mengisahkan ttg Azam,yg kena menyara hidup keluarganya setelah kematian ayahnya.Dia terpaksa mengorbankan pljrnnya(dia duduk kat cairo,x silap aku selama 7 tahun)untuk menjual pelbagai mknn dekat cairo.huhu.Mmg best tgk ketabahan dia,and kebaikkan dia.

yg lain pun best jugak,tapi yg atas nie mmg top aku lah.huhu.aku recommendkan sapa2 yg suka bc novel bacalah novel2 nie.walaupun tajuk dia agak jiwang,tapi nasihat yg disampaikan mmg byk.semoga membaca!!hehe.
p.s:tapi jgn lupa bljr lak!and minta maaf kalu kurang sinopsis,memandangkan aku nie x reti sgt nak tulis sinopsis cite.huhu

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal hijrah 1432

Assalammua'laikum.
sebelum memulakan perbicaraan aku,aku nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432.Semoga dosa2 kita sebelum nie sumenya diampunkan Allah,sume amalan2 kita diterima Allah.Harap pada tahun baru ini, amalan kita dipertingkatkan lagi,ilmu di dalam dada kita ni bertambah, dan semoga kita sume sentiasa dirahmati Allah yang Maha Esa...
and aku nak ambik kesempatan nie, untuk memohon maaf kat sume kawan2 aku,kalu selama nie,aku ada tersilap kata,or ada action aku yg buat korang tersinggung,harap diampunkan..

Alhamdulillah,walaupun aku keje pada 6/12/2010,sempat jugak aku membaca doa awal akhir tahun dan awal tahun.Harap tahun ni Semuanya berjalan dgn lancar.Amin.

Alhamdulillah,result aku yg kebetulan(or uia saja je)kuar pd hari yg sama,sumenya ok.Memang bersyukur sangat kepada Allah psl result aku kali nie,psl aku awal2 mmg rissau,carry mark aku kali nie x yg mcm aku harapkan.Alhamdulillah.
Selamat lah Mango Chili(restoran aku keje)dah ada internet,so dpt lah tgk result masa tu jugak.huhu.

And hari tu jugak merupakan hari terakhir aku keje kat situ untuk kali nie.Hari yg selebihnya aku nak gunakn tuk berehat di rumah..Tangan aku yg sepatutna blh heal dlm 3 bulan,x heal lagi,sebab dia?psl aku keje.haha.Lps tu aku pulak x exercise tgn aku untuk kuatlan otot2 dia,lagi lah lambat baik..

And ari tu jugak lah,aku dpt gaji aku!!haha.byk tul benda berlaku ari tu jugak.Alhamdulillah.huhu.Tapi dua ari lps tu(semalam,8/12/2010),blum apa2 100 dah abis.reason dia?novel 2=rm50(haha,satu dah abis baca pd keesokkan ari nya),seluar,sabun,and mkn kat tempat aku keje.huhu.Yg lain akan aku simpan tuk masa yg akan dtg...

Rasanya itu je kali nie.
sekali lagi,Salam Maal hijrah 1432.