Jeng3,siapa kah diriku?

My photo
Assalammua'laikum dah salam sejahtera.Nama diberi Mohd marzuq imran,pelajar uia.Motto fav saya ialah "doing the best is more important than being the best!"(dapat masa kat uia pj). Enjoy :)

Sunday, May 24, 2015

Perjalananku ke sebuah pulau baru... Pulau Bersatu.

Assalammua'laikum

Haish, lama x update blog ni. berbulan2 nk dekat setahun dah.
pelbagai peristiwa telah terjadi padaku. :)

izinkan daku menyampaikan satu kisah, sambungan dari blog ku sebelum ini, "perjalananku di pulau sepi"



Kadangkala angin bertiup kuat dari biasa, kadangkala ia bertiup dengan sungguh lembut sekali. Ku di sini, setelah bertahun tahun lamanya di pulau sepi, akhirnya berjaya ku melarikan diri darinya. Aku teringat, pada awal-awal aku berada di pulau itu, aku jangkakan ku akan berada sungguh lama di situ. Jangkaan ku meleset sekali. Ku dapat keluar lebih awal dari dari yg ku jangkakan. Aku bersyukur, kerna sering ku dengar kisah-kisah bahawa ada yg terperangkap selama- lamanya di dalam pulau sepi ini.




Pasti aku tidak akan lupaakn saat aku berjaya melarikan diri. Bintang yang ku ikuti selama ini untuk dijadikan panduan untuku keluar, tidak mengecewakan daku. Setelah bertahun-tahun aku mengikutinya, mengejarinya, akhirnya dapat ku jumpa jalan keluar dari pulau sepi itu, dan menemui sebuah sampan. Aku, yang telah lama terperangkap di pulau sepi itu, terus manaiki sampan itu, dan berharap sampan itu akan bawa ku ketempat lain.





Setelah sekian lama, akhirnya aku sampai ke sebuah pulau.Setibanya aku di pulau itu, mataku tidak dapat menerima keindahan pulau itu. Pulau itu, yang mempunyai laut yang sungguh jernih, pantai yang keemasan dan berkilauan, burung-burung yang menyayi kegembiraan, bunga-bunga yang pelbagai warna dan jenis, semuanya berada di situ. Aduh, setelah pengalaman pahit ku di pulau sepi sebelum ini, pulau baru ini bagaikan satu nikmat yang amat besar kepadaku. Di sini, ternyata bintang yang ku ikuti mempunyai sinaran yang amaat kuar sekali di sini. Bintang-bintang lain tidak begitu jelaas kelihatan, gara-gara bintang yang satu ini. Bintang yang satu ini bersinar, tidak kira siang atau malam, dan sungguh indah di mataku.




Setelah beberapa lama di pulau ini, ku sedari bahawa pulau ini masih di laut, dan pasti mempunyai laut yang akan pasang surut. Kerana ia masih sebuah pulau, pasti akan terkena hujan ribut. Kerana ia masih sebuah pulau, pasti akan mempunyai bunga-bunga yang memukau hati tapi berduri-duri. Kerana itu adalah lumrah sebuah pulau.



Namun begitu, walaupun ribut taufan melanda, pasti akan ku pandang ke langit untuk melihat bintang yang satu itu. Ku yakini, bintang ini akan sentiasa membawa ku keluar dari segala masalah, dari segala kesusahan. Andai kata aku terkeluar dari pulau ini, pasti akan ku tuju ke bintang yang sama ini, Kerana bintangku inilah yang telah membuatkan ku berjaya melarikan diri dari pulau sepi.


Aku juga percaya, walaupun ribut taufan melanda, pasti akan ada hari-hari yang cerah. Walaupun akan ada bunga-bunganya berduri -duri , pasti akan ada cara untuk mengelak dari durinya dan mengambil bunganya.



Ku berharap aku akan berada di pulau ini, sehingga ke hujung hayatku. Pulau ini, yang ku ingin berikan nama Pulau Bersatu, Kerana telah berjaya menyatukan kembali hatiku yang retak dan sepi semasa di pulau sepi. Kerana in juga telah berjaya menyatukan ku dengan bintang yang membantuku selama ini. Menyatukan kembali harapan harapan ku. Menyatukan kembali impian impian ku. Menyatukan aku dari pelbagai aspek.







Sekian terima kasih. 


1 comment:

  1. Hello Blogger!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete