Assalammua'laikum.
Pada 24/2/2011,hari khamis,aku dan beberapa kawan ku pergi ke perlis!Tujuan kami sebenarnya nak tgk perlawanan robot yang dianjurkan di sana oleh UNIMAP.Senior kami yg bertanding.kami nie,peyokong je lah kira.Sambil tu kami berharap dptlah sedikit sebanyak idea pasal pertandingan ni.So lps dah berkumpul kul 10 mlm,kami pun bertolak.(pelik tul aku napa x pakai bus uia...pakai bas persiaran..)Masa lebih kurang subuh kami pun berhenti solat subuh sebelum pi ke homestay kami di sana..
|
semasa test run sedang diadakan |
|
Selepas dah solat jumaat,kami pun bertolak ke dewan 2020 untuk test run.Ada byk Universiti masuk,uia,upm,uitm shah alam,uitm terennganu,uitm ...(x ingat satu lagi),unimap,GMI,and byk lagi.Ada 3 kategori semuanya,robot fire fighter,robot rope climbing,and robot paintball.tapi uia masuk fire fighting and rope climbing sahaja kerana sebab2 tertentu
Pertandingan dia begini:
fire fighting:robot kena travel dalam satu maze,robot tu kena padam kan api and kutip bola pingpong yg berada dlm maze tu.Siapa menang bergantung kepada berapa byk bola dapat dikutip and api yg diorg dpt padamkan.
Rope climbing:robot kena naik tali yang melintang sepanjang 4.5m.Dan robot kena berhenti bila dah sampai atas.Siapa sampai atas dulu menang.
paintball:3 robot untuk satu team,siapa kena tembak 2 kali mati,and kalu dpt ambik bendera di tengah2 tempat berlawan dikira pemenang.
Pertandingan ni sume bukan pertandingan kalah mati,tapi kumpul point..so fair lah jugak.huhu..
Walaupun uia x dapat mencapai kemenangan,tapi at least untuk rope climbing uia dpt no 5.Tapi ada satu moment yang aku rasa mmg lawak gak lah.Masa fisrt2 pertandingan start,kami berlawan dgn satu U nie.Robot kami nak naik atas mengambil masa lebih kurang 20 saat gitu(x silap aku) sementara robot pihak lawan kami blh naik 6 saat gitu.Masa start2 tu,sume diberi masa satu minit untuk pasangkan robot kat tali tu.Tapi dah lepas satu minit,uia nya team still x habis pasang,so x leh wat apa2..so perlawanan pun start.Robot pihak lawan kami naik mmg laju gila,tapi sampai je 1/5 panjang tali tu,dia stuck,so diorg pun retry balik.Team uia pun mengambil peluang untuk pasang betul2 and hidupkan robot tu.Lepas dah berjaya,uia nya robot start naik perlahan2.sementara pihak lawan kami retry byk kali dah,tapi still tersekat kat tempat sama.Last2 uia sampai atas dulu sebelum pihak lawan.dan kemenangan berpihak pada kami.
yg best nya,masa team uia nak dekat sampai atas sementara pihak lawan kami retry banyak kali,tiba2 ada satu kumpulan start tepuk tangan bagi semangat kat team uia.Yang start tu,x tahu siapa,pasal lepas tu baru kami2 sume dari uia start tepuk tangan bagi semangat..
bila cite kisah ni,teringat lak aku kat cerita arnab dan kura2.huhu.mmg sebijik.
|
paint ball robot |
|
maze yang robot kena lalu |
|
Perlawanan yang lain pun mmg menarik,dan memang best tgk idea2 Semua org guna dalam pertadingan ni.Memang smart lah.Susah nak aku explain kan dia.huhu.pasal sesetengah idea tu mmg menarik gila.Contohnya tuk ambik bola pinpong dalam fire fighting,mostly guna idea vacuum,lps tu simpan.Tapi ada satu U dia guna idea yg berlainan sekali...camna nak explain ek?...umm, diorg buat bila bola tu ada depan robot tu,bola tu akan naik ke bahagian atas robot tu menggunakan satu benda mcm gelongso.and bila benda tu dah naik,dlm tempat tu ada penghalang supaya bola tu x jatuh balik.Idea dia mcm mesin belnder sikit lah kot.huhu.bwh ni gambar dia....
Hari ahad tu,lps uapacara penutup(sultan perlis dtg,and kami nyayi lagu perlis!huhu),kul 3 kami pun bertolak balik.sampai uia dlm kul 11 malam sebab kami berhenti di beberapa tempat rehat untuk sembahyang and solat asar n maghrib..
|
sempat bergambar.(gambar aku xde..) |
itu je kali nie.And insyallah,sesiapa yang nak tengok robot uia buat boleh datang ke booth kami di sebelah oscent khamis nie,10/3/2011.
ada kul 11 30-12 00, 1 00- 1 30, 3 3 30 - 4 00.