Jeng3,siapa kah diriku?

My photo
Assalammua'laikum dah salam sejahtera.Nama diberi Mohd marzuq imran,pelajar uia.Motto fav saya ialah "doing the best is more important than being the best!"(dapat masa kat uia pj). Enjoy :)

Tuesday, March 1, 2011

perjalanan hidup kita...

Assalammua'laikum...

Hidup ini, bagaikan pelayaran di sungai yang teramat deras sekali....Derasnya air itu,seperti masa.Tidak kira tindakan apa yang kita ambil,masa lampau tidak akan dapat kita kembalikan..kita hanya boleh menjadikan peristiwa yang telah berlalu sebagai perngajaran. Masa tidak akan menunggu kita.Seperti air sungai yang terus mengalir,masa pun akan terus bergerak..
Jadi Gunakan lah masa itu sebaik yang mungkin..

Ujian itu bagaikan hujan.Apabila turunnya hujan,ramai yang mengeluh.Tetapi sedar atau tidak,hujan itu lah yang banyak membantu kita..Sekiranya hujan tidak turun,maka air sungai itu pasti semakin lama semakin kotor,dan kita juga akan kehilangan sumber minum kita.
Allah telah memberi kita ujian,supaya kita sentiasa ingat kepadaNya..kerana kita hanyalah hambaNya yang sering terlupa...Jadi jangalah kita mengeluh apabila ditimpa ujian,tetapi berusahalah untuk mengatasinya dan mintalah pertolongan Allah.

Apabila sampainya kita ke penghujung sungai,itu menandakan perlayaran kita di sungai itu telah tamat.dan yang menunggu kita ialah lautan yang tiada penghujungnya...
Begitu juga dengan hidup kita.Dunia ini hanyalah sementara,ia pasti ada penghujungnnya.Yang kekal adalah di akhirat kelak.Jadi jangalah kita hanya menumpukan hidup kita di dunia sahaja,tetapi bersiaplah untuk bekalan kita di masa akhirat kelak.

Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya.Amin...

No comments:

Post a Comment